Wednesday 15 October 2008

Novel Terbaru Laila Kamilia

Petikan dr blog Laila Kamilia
Tunggu di pasaran dalam masa terdekat... Cerita pasal apa pula kali ini ye? Ini sinopsisnya... 


"BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan.
Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya! Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?"

Antara novel-novel karya Laila Kamilia:

    

Haslina Kamaluddin aka Laila Kamilia adalah rakan saya dan juga isteri kepada rakan karib saya Tuan Aedy Fadly Ramli...

2 comments:

LK said...

jangan angkat dia tinggi2...satgi jatuh payah nak sambut...dia tu berat...hhehee

imransyakir said...

Berat pahala takpee... hehee..