Sunday 15 February 2009

Teknik HDR


"...Kini semakin ramai photographers tempatan dan luar negara mula mencuba teknik HDR (High Dynamic Range) semenjak Dave Hills mempopularkannya hingga demam HDR melanda satu dunia!..." Petikan dr blog Aki aka Fai. Saya pun dah cuba... lihatlah perbezaannya...

Tuesday 10 February 2009

Jom tengok wayang


Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya... Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

More: check it out: http://www.gengthemovie.com/

Monday 9 February 2009

Nasi Kandaq paling best

Nasi kandar memang sedap... tgk menu-menu lauknya... perggh!!! meleleh air liur.. so, bagi sesiapa yang ke Penang, jangan lupa singgah di kedai nasi kandar simpang ampat... pasti tidak akan menghampakan...


Camana nak pegi: Kalau ikut highway PLUS, susur keluar ikut exit simpang ampat... traffic light, amik kiri... roundabout terus, traffic light terusss jaa.. sampai la nampak kedai nie disebelah kanan (kawasan medan selera)..

Sunday 8 February 2009

Mychevyclub.net 2nd Anniversary

Bertempat di RnR Kinrara, 6 Feb 2009, 11 malam. Bermula dari bacaan Doa oleh Saudara SZam, ucapan Pengerusi Kelab Abg Zul, potong kek, makan-makan, pembahagian baju kelab baru hinggalah ke sesi bergambar... Majlis bersurai kira-kira jam 3 pagi...

Wednesday 4 February 2009

Jom Gi Ngail

Bagi peminat-peminat fanatik, aktiviti memancing memang best... Bagi amatur pula, janji dapat ikan, kecik pun tak apa... Ni la yang terjadi bila rakan-rakan seopis turun ke kolam ikan... ikan yang menyentap umpan, semuanya besar-besar belaka... ada yang sebesar 2 jari, malah ada yang mencapai berjari-jari saiznya... pendek kata... "size doesn't matter", asalkan dapat merasa keseronokan bila dapat ikan... tu dah happy dah...