Tuesday 30 November 2010

Cuti-cuti Sabah - Day 1 - Part 2

Petang, kami ke Tanjung Aru. Yunus kata tempat tu cantik kalau tengok sunset... mmm... sah.. betoi la... memang lawa.. tu baru pakai kamera biasa.. kalau DSLR... lagi la lawa...


Malam pulak, lepas hantaq geng2 ibu dan anak balik homestay... kami geng2 Hero Malaya jejalan tour Bandar KK... Kira KK ni jauh lebih maju la berbanding Alor Setar... Then, naik ke Menara untuk menikmati keindahan malam di KK.. Lepas tu, tiba-tiba... kruk kruk.. perut rasa lapaq... Apa lagi, jalan jalan cari makan la.. last-last, kami singgah di Restoren Kak Nong.. pakat-pakat order makan... asam pedas, pakis belacan, rojak daging.. perghh... memang makan tak ingat..

Cuti- cuti Sabah - Day 1 - Part 1

Program cuti-cuti sabah nie telah dirancang sejak tahun 1999 selepas kami graduated dari UTM. Punya la lama merancang, akhirnya hasil rancangan singkat dua minggu lepas, kami bertekad untuk bercuti bersama ke sabah.

1) Zaidi, Ida, Hakimi dan Amsyar
2) Azmai, Azimah, Amier dan Azim
3) Saya
4) Yunus (tuan rumah)

24 hb nov 2010
Kami berkumpul dan bermalam di rumah azmai n azimah di Nilai.

25 hb nov 2010
Seawal 6:15 am, teksi telah menunggu untuk ke LCCT. Flight Airasia bertolak jam 8:00 am dan tiba jam 10:30 am. Di airport KK, yunus dah siap tunggu dengan kakak dia, menyambut kami serta minyak gamat langkawi yang diorder dari Zaidi.


Then, kami ke rumah yunus di Taman Oriental, KK untuk berjumpa famili yunus serta menyimpan luggage. Kemudian lunch di chinese restaurant yang ditaja oleh yunus. tq yunus. 


Jam 3.00 pm, selepas makan besaq. kami bergerak ke Marina Court KK untuk check in. Memang tempat cukup best dan cukup puas hati. 3 bilik, 5 star dan paling best... menghadap laut... perghh...

Saturday 20 November 2010

Program Promosi UTeM di Kolej Matrikulasi Perlis

Bertempat di Library KMP, Program ni berlangsung selama 3 hari bermula dari 12 hb Nov 2010 hingga 14 hb Nov 2010. UTeM diwakili oleh Mr Khairul dan Mr Afiq dari Bahagian Korporat UTeM, saya mewakili FKM, Mr Tajul (FKP), PM Rani (FKEKK) dan Mr Arrawi.