Wednesday, 19 January 2011

Jalan jalan ibukota

Disuatu petang ahad yang hening, tanpa dirancang, saya, zahir dan ben bergerak dari melaka ke KL semata-mata nak dinner di Restoren Murni, SS2, PJ.. Menu menu disitu mmg sentiasa menjadi pilihan.. cuma kelainannya sekarang, tempat duduk yg sangat terhad sedangkan punya la ramai customer yg sanggup berdiri sambil membooking meja... Nasib kami agak baik, cuma menunggu dalam 10 minit saja.. Apalagi, masing-masing pun start order laa.. Spaggetti Meatballs, Nasik Goreng Beefsteak, Nasik Goreng Chicken Chop dan Ayaq Pink Panther...

Lepas kenyang, kami solat di masjid At Takwa, Tmn Tun Dr Ismail. Kebetulan pada malam tu, hadirnya seorang penceramah terkenal iaitu Sheikh Nuruddin Al Banjari.. tema ceramah berkaitan dengan sistem kewangan islam...

Selesai di At Takwa, kami menuju pulak ke Bukit Bintang... Lama tul tak datang Bukit Bintang.. Last rasanya dalam 10 tahun lepas... Jalan-jalan sekitarannya dan kemudian lepak di kedai Pak Arab sambil pekena Kebab sambil melayan Live Band...

No comments: