Monday 21 March 2011

Dunia Nano - Dunia serba kecil

Sekarang nie, kalau cerita bab teknologi, mesti orang akan merujuk kepada nanoteknologi... apa yang best sangat pasal nano nie... sampaikan penapis air pun nano, washing machine pun berteknologi nano, barang kosmetik pun nano.. mmm.. so, nano tu apa? secara mudahnya, nano tu merujuk kepada saiz yang sangat dan teramat la kecil... Macam dibanding nisbah saiz bumi dengan saiz sebijik guli.

   

Mengikut definisi yang saya ambil daripada wikipedia:

"Teknologi nano ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 0.000000001 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu."


"Nano dalam bahasa Yunani bermaksud kerdil dan pada skala merik, ukuran nanometer adalah per satu bilion setiap meter. Bagi memudahkannya, sehelai rambut manusia bergaris pusat 50 mikrometer dan satu nanometer bersamaan satu perseribu mikrometer. Ini bermakna setiap satu nanometer menyamai rambut manusia yang dibelah 50,000 kali"




"Perbandingan Skala Nano"


Saya mula mengenali perkataan nano nie sejak kecik lagi.. masa tu kalau pegi kedai, mesti saya beli cekelat nano-nano.. rasanya masam masin manis (3 rasa tu).. tak sangka la, bila saya dah besar perkataan nano akan semakin popular..
"Cekelat Nano-nano"

Bila dah popular perkataan nano nie, semua benda yang dicipta dengan skala kecil akan dinamakan nano... contohnya ipod nano dan syarikat kenderaan India iaitu TATA juga mengeluarkan sebuah kereta yang dinamakan nano. Sebuah kereta yang "kecik dan murah ya amat".. USD2,500 atau lebih kurang RM10,000...


"Kereta Nano buatan India, comel kan"


Terkini, ada pulak lagu yang dinamakan awan nano nyanyian Hafiz AF.. mungkin nak dimaksudkan awan yang kecil la kot... paling best, muka Hafiz dengan Herman Tino memang iras-iras la... hehe..




"kredit untuk Hafiz AF"

No comments: