Sunday 13 March 2011

Senja di Tasik Universiti Teknikal Malaysia Melaka


"Bangunan Canselori yang letaknya di depan Tasik UTeM.
Bumbung ala-ala minangkabau dan melengkung"


Sudah lebih sebulan saya berpindah ke bangunan Mars di Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu bangunan hijau yang sepenuhnya dihuni oleh staf-staf FKM. Sejak tu, jarang-jarang sekali saya masuk ke Kampus Utama UTeM di Durian Tunggal. Kebetulan, petang tadi saya diajak oleh Dr. Zahir untuk tengok game bola sempena "Student League" di Komplek Sukan UTeM. Kononnya kami nie jenis yang bersemangat kesukanan la (ye la tu).. Habis jaa game (actually first half ja tengok), tergerak pulak nak tengok hasil karya staf FKM yang baru saja menyiapkan projek Kincir Air UTeM. Kincir air ini menggunakan kuasa air untuk menjana elektrik seterusnya disalurkan untuk menyalakan lampu-lampu disekitar tasik UTeM (main agak-agak ja nie).. Kira Green Technology la nih.. Sempat jugak saya snap beberapa keping gambar menggunakan kamera handphone S8300 saya.


"Projek kincir air staf FKM di Tasik UTeM"


Sayang betoi bila tengok kawasan tasik yang cantik tapi takdak orang... kalau zaman saya kat UTM dulu (90-an), kawasan tasik nie memang tempat faveret kami la.. tempat student berkayak, melepak, pancing ikan (illegal activity) dan studi (ye ke studi tepi tasik nie).. Tapi kat UTeM, tasik nie agak sunyi... mana pi student UTeM nie.. Bila dipikirkan, nie lah masalahnya bila takdak asrama di dalam kampus... so, student semua duduk luar... yang ada kenderaan ja yang akan turun ke kampus.. tu pun kalau rajin.. lelain, baik lepak kat asrama.. sayang kan.. kemudahan banyak, tapi tak digunakan sepenuhnya... mmm... cepat-cepat la harapnya, asrama student siap... baru la ada suasana "campus life"..




"Tenang dan damai sungguh. Tapi air yang tenang jangan disangka tiada boya"



4 comments:

Unknown said...

setuju..student fkm agak sukar utk mnggunakan kemudahan di kampus induk..sabo je la

imransyakir said...

hehe... sabaq separuh drpd imannn...

Ratna said...

assaalam
boleh saya pnjm gmbr utem ni utk letak dlm brochure...cantik

imransyakir said...

wsalam pn ratna, boleh ja...