Wednesday, 27 July 2011

Sedekad atau 10 TahuN di UTeM

Sedar tak sedar, tahun nie dah 10 tahun saya berkhidmat di UTeM... maknanya, 10 tahun dah saya berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia... Teringat balik masa tahun 2001, lepas saja saya selesai menghantar tesis MSc, saya menerima panggilan telefon daripada supervisor saya (Prof. Wan Azelee) dan Ketua Jabatan Kimia UTM (PM Dr Razak). Mereka tanya, samada saya berminat nak jadi Pensyarah sebab kebetulan masa tu ada kekosongan jawatan di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).. Rasa macam dapat rezeki pulak bila dapat offer macam tu.. 


Transformasi logo KUTKM ke UTeM

Bulan Jun 2001, pertama kali saya menjejak kaki di Lot Kedai Taman Tasik Utama (Pejabat Canselori KUTKM)... niat saya untuk berjumpa dengan Timbalan Rektor KUTKM masa tu (Arwah Prof. Azhari).. saya berbincang mengenai potensi kerjaya sebagai pensyarah dengan beliau.. setelah berpuas hati, saya pun mengisi borang permohonan jawatan dan akhirnya diberi peluang untuk sesi temuduga.. 

Dengan bantuan rakan karib saya (Aedy Fadly), saya tumpang kereta dia dari Kedah datang ke Melaka untuk sesi interview. Dan saya masih ingat, sesi temuduga yang sepatutnya berjalan pukul 9.00 pagi telah ditunda ke pukul 3.00 petang, semata-mata Rektor ketika itu (Datuk Prof. Ruddin) berhasrat untuk dia sendiri berada dalam sesi temuduga tersebut. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya, akhirnya diterima masuk ke KUTKM.


29 November 2001, masa tu bulan ramadan.. saya menaiki Kancil PDG 7782 saya ke Melaka untuk pendaftaran. Sampai di Melaka dah lewat petang, saya menuju ke rumah Kak Sariah dan Abang Wahi di Taman Bukit Katil untuk berbuka disana. Jutaan terima kasih saya buat mereka kerana banyak membantu saya.. Malamnya, saya mencari rumah sewa di sekitar Taman Bukit Katil dan bernasib baik berjumpa Saudara Zikri, yang kemudiannya menjadi housemate saya. Kebetulan, dia juga turut diterima sebagai staf KUTKM.. 30 November 2001, saya dan zikri ke KUTKM untuk mendaftar sebagai staf.. Semasa pendaftaran, kami berjumpa pula dengan Luqman dan Zahir yang turut mendaftar pada hari yang sama.. Ironiknya, nombor staf kami semua sebaris (0191 hingga 0194).. Zikri dan Luqman ditempatkan ke FKE, Zahir ke FKM manakala saya ke PPA...

Geng-geng PPA: Ali, Mat Can, Saya dan Shahrul

Hari pertama saya diperkenalkan kepada semua staf di KUTKM (diiring oleh Rosnah), bermula di PPA kemudiannya dibawa berjumpa Dekan FKM (PM Salam) hinggalah ke Pusat Komputer dan lain-lain jabatan... Maklumlah, time tu staf tak ramai.. semua macam satu keluarga... 

3 hari saya diberi tempoh untuk menyediakan bahan mengajar kerana pelajar-pelajar batch pertama FKM sudahpun mendaftar (group BMCT).. Dengan fasiliti ketika itu yang serba kekurangan, saya memulakan langkah tugas saya yang pertama untuk mengajar subjek Kimia kepada pelajar-pelajar BMCT ini... sedar tak sedar, selepas 10 tahun berkhidmat, 3 pelajar batch pertama ini kini turut menjadi penyarah di FKM (Mahanum, Rody dan Hanif).. ;). Cepat kan masa berlalu...


Slip gaji pertama saya

Memang la kalau nak cerita dari awal, sure susah nak tamat cerita nih... So, Dipendekkan cerita, siang tadi, saya telah menerima cenderahati daripada BAKUTeM sempena 10 tahun perkhidmatan saya... Terima kasih kerana ada yang menghargai.. Thank you.. 





2 comments:

MFS said...

Salam. Encik Imran. Tahniah atas kejayaan Encik selama 10 tahun dah berkhidmat di utem. Terimakasih jugak di atas ilmu yg encik dah beri pd saya. U r among the best lecturer. May success be with u , encik.
From Fauzi 2DMC

Imran Syakir said...

Thanks Fauzi..

Dah jadi tugas saya mengajar.. yang penting setakat mana ilmu yg saya bagi tu dapat dimanfaatkan oleh pelajar2 saya.. ;)