Thursday, 8 September 2011

Perjumpaan Keluarga 2011

31 Ogos 2011 bersamaan Hari Kemerdekaan ke 54 dan Aidilfitri, satu perjumpaan ahli keluarga Ismail Hawa telah berlangsung di Kepala Batas, Kedah bertempat di rumah anak sulung Ismail Hawa iaitu Wa Fatimah... Perjumpaan ini merupakan agenda tetap setiap kali Aidilfitri sejak Tahun 2007. Alhamdulillah, ramai jugak ahli keluarga yang dapat berkumpul dan berkenal-kenal...


Selain itu, pada tahun ini, melalui idea adik saya (Irna Jannah), saya telah membuka satu akaun Facebook bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin ahli keluarga Ismail Hawa khasnya yang terdiri daripada golongan muda... Maklumlah, bila keluarga dah semakin ramai, bukan senang nak kenal semua orang.... Setakat hari ini, akaun Facebook tersebut telah berjaya mengumpul seramai 41 orang ahli... 


Semoga sama inisiatif ini dapat menghubungkan semua ahli keluarga yang semakin mengembang... 

No comments: