Saturday 31 December 2011

Event Pembukaan 2012

Bermula saja tahun 2012, dah ada dua program yang bakal dianjurkan oleh team jawatankuasa saya. Pertama, Jawatankuasa Penasihatan Akademik FKM, UTeM akan menganjurkan program rutin kami setiap semester iaitu Perjumpaan Penasihat Akademik dengan pelajar Diploma Tahun 3. Insyaallah, kalau takdak aral, program tersebut akan berjalan pada 11 Januari. Manakala team Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi (KESURI) pula bakal mengadakan AGM bagi tahun 2011 pada 13 Januari. Dalam AGM ini, team jawatankuasa baru bakal dilantik menggantikan kami yang telah 2 tahun memegang amanah aktiviti sosial di FKM. Alhamdulillah, syukur dengan izinNYA, pihak jawatankuasa kami telah berjaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan bermula dari awal tahun 2010. Andai ada kekurangan, jutaan ampun dan maaf dari pihak kami. Tidak ada manusia yang sempurna, kami sekadar menjalankan amanah sebaik mungkin. Terima kasih AJK, staf2 FKM dan semua... 


Photo Archive 


No comments: