Thursday 24 March 2011

Aktiviti dulu-dulu bersama student KUTKM

Bila kenang-kenang balik... dah lama rupanya saya tak organize aktiviti bersama pelajar-pelajar saya... last rasanya tahun 2005... dulu buleh dikatakan setiap semester saya akan buat dua program lawatan pelajar ke industri @ tempat-tempat akademik... mmm.. nampak gayanya nak kena start balik kot.. kadang-kadang kalau nak harapkan student sendiri yang organize susah jugak... sebab utamanya, depa sendiri tak familiar camana nak buat aktiviti-aktiviti nie.. last-last tak buat... rugi sebenarnya kalau tak buat aktiviti masa jadik student ni... bila dah keja, dah teramat susah nak luangkan masa untuk aktiviti luaran.. Apa tak bestnya buat program lawatan nie.. dah la buleh jalan-jalan tempat orang... naik bas pun free jaa... Bas universiti mesti la free kan... then, dapat elaun makan plak tu.. kalau tak silap saya RM15 seorang.. mm.. nak apa lagi... yang payahnya, cuma nak carik orang yang rajin nak organize jaa.. hehe..

Belek-belek album lama, terjumpa plak beberapa keping gambaq aktiviti dibuat dulu-dulu... teringat plak, masa tahun 2002, kamera digital baru ja nak popular... kat fakulti saya ada dua buah, jenama sony, dan kena masukkan disket ke dalam kamera.. maklumlah, time tu mana ada memory card, SDcard, microSD apatah lagi.. even thumbdrive yang saiznya cuma 128M pun harganya mencecah RM300.. Kualiti gambaq tak payah cerita la.. janji keluar gambaq sudah.. hehe.. Ni contoh gambaq yang diambil guna kamera digital sony tu.. dua program lawatan untuk pelajar FKP.... 

Ornasteel Sdn Bhd...


Pusat Sains Negara + Putrajaya... 


Tahun 2004, kamera pun dah upgrade sikit dah.. saya beli kamera KODAK Easyshare 3.0 Mp.. Harga masa tu RM1100.. yang bestnya, sampai sekarang ni saya masih guna kamera yang sama... nak buat camana.. tak rosak-rosak.. masih elok, gambar pun terang dan cantik lagi... hasilnya...

Proton Berhad student FKM..


Petrosains, KLCC


So, macamana next semester... nak buat ke tak nak nie.. kertas kerja program masih saya simpan.. kalau nak buat rasanya takdak masalah kot.. insyaallah, kalau ada kelapangan masa.. jom.. lawat-lawat tempat orang.. carik idea dan pengalaman...

Monday 21 March 2011

Dunia Nano - Dunia serba kecil

Sekarang nie, kalau cerita bab teknologi, mesti orang akan merujuk kepada nanoteknologi... apa yang best sangat pasal nano nie... sampaikan penapis air pun nano, washing machine pun berteknologi nano, barang kosmetik pun nano.. mmm.. so, nano tu apa? secara mudahnya, nano tu merujuk kepada saiz yang sangat dan teramat la kecil... Macam dibanding nisbah saiz bumi dengan saiz sebijik guli.

   

Mengikut definisi yang saya ambil daripada wikipedia:

"Teknologi nano ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 0.000000001 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu."


"Nano dalam bahasa Yunani bermaksud kerdil dan pada skala merik, ukuran nanometer adalah per satu bilion setiap meter. Bagi memudahkannya, sehelai rambut manusia bergaris pusat 50 mikrometer dan satu nanometer bersamaan satu perseribu mikrometer. Ini bermakna setiap satu nanometer menyamai rambut manusia yang dibelah 50,000 kali"




"Perbandingan Skala Nano"


Saya mula mengenali perkataan nano nie sejak kecik lagi.. masa tu kalau pegi kedai, mesti saya beli cekelat nano-nano.. rasanya masam masin manis (3 rasa tu).. tak sangka la, bila saya dah besar perkataan nano akan semakin popular..
"Cekelat Nano-nano"

Bila dah popular perkataan nano nie, semua benda yang dicipta dengan skala kecil akan dinamakan nano... contohnya ipod nano dan syarikat kenderaan India iaitu TATA juga mengeluarkan sebuah kereta yang dinamakan nano. Sebuah kereta yang "kecik dan murah ya amat".. USD2,500 atau lebih kurang RM10,000...


"Kereta Nano buatan India, comel kan"


Terkini, ada pulak lagu yang dinamakan awan nano nyanyian Hafiz AF.. mungkin nak dimaksudkan awan yang kecil la kot... paling best, muka Hafiz dengan Herman Tino memang iras-iras la... hehe..




"kredit untuk Hafiz AF"

Kampus Industri FKM, UTeM



"Dari petikan akhbar"





"Bangunan Hijau FKM di Tasik Utama, Ayaq Keroh"

Sunday 13 March 2011

Senja di Tasik Universiti Teknikal Malaysia Melaka


"Bangunan Canselori yang letaknya di depan Tasik UTeM.
Bumbung ala-ala minangkabau dan melengkung"


Sudah lebih sebulan saya berpindah ke bangunan Mars di Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu bangunan hijau yang sepenuhnya dihuni oleh staf-staf FKM. Sejak tu, jarang-jarang sekali saya masuk ke Kampus Utama UTeM di Durian Tunggal. Kebetulan, petang tadi saya diajak oleh Dr. Zahir untuk tengok game bola sempena "Student League" di Komplek Sukan UTeM. Kononnya kami nie jenis yang bersemangat kesukanan la (ye la tu).. Habis jaa game (actually first half ja tengok), tergerak pulak nak tengok hasil karya staf FKM yang baru saja menyiapkan projek Kincir Air UTeM. Kincir air ini menggunakan kuasa air untuk menjana elektrik seterusnya disalurkan untuk menyalakan lampu-lampu disekitar tasik UTeM (main agak-agak ja nie).. Kira Green Technology la nih.. Sempat jugak saya snap beberapa keping gambar menggunakan kamera handphone S8300 saya.


"Projek kincir air staf FKM di Tasik UTeM"


Sayang betoi bila tengok kawasan tasik yang cantik tapi takdak orang... kalau zaman saya kat UTM dulu (90-an), kawasan tasik nie memang tempat faveret kami la.. tempat student berkayak, melepak, pancing ikan (illegal activity) dan studi (ye ke studi tepi tasik nie).. Tapi kat UTeM, tasik nie agak sunyi... mana pi student UTeM nie.. Bila dipikirkan, nie lah masalahnya bila takdak asrama di dalam kampus... so, student semua duduk luar... yang ada kenderaan ja yang akan turun ke kampus.. tu pun kalau rajin.. lelain, baik lepak kat asrama.. sayang kan.. kemudahan banyak, tapi tak digunakan sepenuhnya... mmm... cepat-cepat la harapnya, asrama student siap... baru la ada suasana "campus life"..




"Tenang dan damai sungguh. Tapi air yang tenang jangan disangka tiada boya"



Monday 7 March 2011

Di Mana Dia Di Hatiku


Kali nie saya ingin mempromosikan sebuah buku terbitan Karya Bestari nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk "Di Mana Dia Di Hatiku". Buku nie saya beli hampir dua bulan lepas kat Alaf21 Shah Alam.. Harga cuma RM15.00 saja (kat Alaf21, dapat extra discount lagi.. hehe).. Saya sudah baca berkali-kali dan saya yakin buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan... Gaya bahasanya cukup simple, tapi punya maksud yang sangat mendalam..


Antara sinopsis buku ini:

"Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?"

Bagi yang berminat, boleh juga melayari blog Ustaz Pahrol ini:
http://genta-rasa.com/2010/03/25/di-mana-dia-di-hatiku/

Akhir kata, Silalah dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran.. Selamat membaca..

Sunday 6 March 2011

Saman Oh Saman

Sejak dua minggu lepas, puluhan ribu rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Balai Polis Trafik di seluruh negeri bagi memeriksa dan membayar saman trafik tertunggak.. pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun sebanyak 50% dan kegagalan melangsaikan saman tertunggak ini akan memberi kesan untuk memperbaharui cukai jalan kereta secara tidak langsung telah membuka hati dan mata rakyat malaysia..

Saya pun nampaknya tidak terkecuali untuk memeriksa melalui perkhidmatan internet Myeg...


*
*
*

Jeng.. jeng.. jeng..

haahh... adaa jugak la... Selama 18 tahun pengalaman mempunyai lesen kelas D (B2 asyik gagal test JPJ ja).. inilah pertama kali saya disaman akibat membawa kereta melebihi had laju ditetapkan.. isk.. isk.. sedih la.. tambahan pulak kawasan had laju tu disekitar kampung di Alor Setar.. biasanya had laju 60 atau 90 km/j saja.. Nak buat camana... bayar je la kan.. hehe.. nasib-nasib..

Saturday 5 March 2011

Sukan antara Jabatan - Team Tenis FKM


5 Mac 2011


SAJ 2011... Team tenis FKM beraksi sehingga ke Quarter Final sebelum terpaksa akur dan tunduk kepada Team FKEKK yang juga merupakan juara bertahan... Sekalung tahniah kepada pemain-pemain yang berjuang abis abisan sehingga ke titisan air 100 plus yang terakhir, walaupun gagal mengulangi pencapaian ke peringkat separuh akhir seperti SAJ 2010. Tahniah kepada semua pemain dan penyokong.. Terima kasih juga kepada Pak Ahmad yang membawa Choclair dan Pisang untuk sama-sama berkelah di gelanggang tenis UTeM..


Coach: Masjuri & Hambali
Single: Fendi & Pod
Double Lelaki: Tamreen & Imran, Pak Ahmad Rivai & Zaid
Double Wanita: Habibah, Alidah & Eila...


"para penyokong & pemain"

Wednesday 2 March 2011

NanoScitech Conference


02 March 2011..


Pagi-pagi saya drive from melaka menuju ke Intekma, Shah Alam.. Puas jugak la mencari kat mana letaknya Intekma ni... UiTM tu biasa pegi, tapi Intekma ni rasanya baru first time.. Patut la susahnya nak jumpa.. Objektif saya menghadiri conference kat situ...



Febrian aka ben (student master saya) dah sampai awal-awal lagi.. yelah, dia yang nak present.. menggelabah jugak la kalau lambat sampai.. Tambah2 plak, international conference.. Present kat Dewan Utama yang punyalah besaq saiz dia.. cam nak bagi talk kat 1000 orang tu...




Sempat jugaklah kami posing-posing dalam dewan tu.. penuh gaya..

Tuesday 1 March 2011

Dah 3 tahun dah

mmm.. tgk tajuk entry nih maybe ramai yg tak paham maksudnye.. apa yg 3 tahun tu... sapa yang dah 3 tahun tu... hehe.. sebenaqnya, saya nak bagitau yang blog saya nie dah masuk 3 tahun umoq dia.. saya start develop blog nih sejak March 2008.. saja ja suka-suka (dah mmg takde keja le tu nak dibuat).. sedaq tak sedaq, nie dah masuk entry saya yang ke 101.. saya nie bukannya rajin atau pandai menulis, so kebanyakkan entry saya just masukkan gambaq2.. hehe.. senang kan.. tak payah nak pikiaq bab mengarang.. 


Orang sekarang nie, lebih suka ber"facebook... senang gamaknya.. add frenz byk2.. pastu buat pekasam.. bab berchatting pulak, orang suka pakai yahoo messenger aka YM. Zaman dulu dulu orang guna MIRC (skang dah tak glamer dah)... chatting dgn nama samaran yg ntah hapa ntah (cam pengalaman jaa).. geng2 bloggers ni plak, kebanyakkan yg suka menyampaikan apa yg teringin nak disampaikan pada orang lain.. so, medium terbaik, blog la.. tambah2 plak, FOC (cam blogspot ni).. cuma kena bayaq servis internet jaa (tu pun kalau pakai kat umah, kalau kat opis.. opis la bayaq.. hehe)..


Apapun, bagi saya, jadi bloggers nie tak merugikan pun kalau kena cara dan gayanya... jgn pulak masukkan cerita yang bukan2.. buat yang baik2 je la... jangan kira sangat sama ada org bukak ka, orang baca ka.. yang penting daripada buat mende2 yang tak berfaedah, baik ler tulih2 kat dalam blog nie.. hehe..

okay la... semoga semangat bloggers saya nie masih kuat dan akan terus kuat... See you..