Tuesday 19 April 2011

Che' Nab & Che' Kam Tukaq Spek

19/4/2011

Nak dijadikan cerita, last two weeks, spek Che' Kam WTF3785 crack terkena batu... dan nak dijadikan cerita jugak, tiga hari lepas, giliran Che' Nab MBE2200 pulak mengalami nasib yang sama.. so, hari ni, both Che' Nab & Che' Kam pun bertapa la di CCH Autoglass, Kepong untuk buat facial surgery.. Pergh.. jauh jugak la dari Melaka ke Kepong semata-mata nak buat surgery.. Tapi nak buat camana, kat situ ja yang ada the best facilities dan the best surgeon... Bukan senang nak carik spek untuk species yang dah pupus cam Che' Nab nie.. Harga pun tersangatlah berpatutan.. tambah-tambah kalau macam kes yang tak insured insurance cam dua-dua species nie.. Dan memang depa ni pakar la.. Dalam tempoh 1 jam 30 minit ja, both Che' Nab & Che' Kam selesai dapat spek baru... Nampaknya, Che' Nab & Che' Kam dah kembali bergaya... 




Thursday 7 April 2011

Program KeSURI - Bacaan Yassin, Tahlil, Solat Hajat dan Tazkirah

Program Bacaan Yassin, Tahlil dan Solat Hajat ini dianjurkan bersempena memohon kesejahteraan staf-staf FKM khasnya yang sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand dan Jepun yang baru-baru ini dilanda musibah gempa bumi dan tsunami. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memohon Allah mempermudahkan urusan lawatan EAC dan akreditasi program-program kejuruteraan FKM pada 11 dan 12 April ini. Tiga jabatan yang terlibat adalah Automotif, Termal Bendalir dan Rekabentuk Inovasi. Semoga dipermudahkan segala urusan.




Selain itu, satu sesi tazkirah disampaikan oleh Dr. Reduan Mat Dan bertajuk "Ibnu Sina vs Albert Einstein". Secara ringkasnya, Dr Reduan menjelaskan tentang isu umat islam masa kini yang terlalu bergantung kepada umat lain sebaliknya perlu bangkit mengetuai dan melindungi semua umat. Selain itu turut menceritakan bagaimana kehebatan ilmu Ibnu Sina khasnya dalam bidang perubatan yang menjadi rujukan sejak seribu tahun dulu dan masih relevan sehingga hari ini. Seterusnya... err.. alamak, kejap ja dah lupa dah...


Tuesday 5 April 2011

Mantan PM Malaysia - Jasamu dikenang

PM 1: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970




PM 2: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
Bapa Pembangunan
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976




PM 3: Tun Hussein Onn
Bapa Perpaduan
15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981




PM 4: Tun Dr Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003




PM 5: Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
31 October 2003 – 3 April 2009




Monday 4 April 2011

Juliet De Orange



Juliet the Orange dtubuhkan oleh Marianne Lau Pin Leah dan Lam Mei May sekitar 1996. Dikenali dengan nama Brodwyn di awal kemunculan mereka, pasangan duo ini membuat kemunculan pertama mereka melalui album kompilasi Boys&Girls 1+ 1 = 3 (turut menampilkan Nita, Intoxicated, Nice Stupid Playfround dan OAG). Lagu "Ode From A Psychopath" telah melonjakkan nama mereka ke persada muzik mainstream tanahair pada ketika itu. Pada tahun 1999, mereka telah menukar nama kepada Juliet The Orange, tampil dengan album pertama mereka yang diterbitkan oleh Positive Tone. Semenjak itu, mereka aktif membuat persembahan di gig, showcase dan penampilan di televisyen dan radio. Walaubagaimanapun, mereka telah membubarkan Juliet The Orange sekitar tahun 2001 (Rujukan penuh: Wikipedia)


Enjoy..



Eyelash - Juliet De Orange