Thursday 25 August 2011

MERDEKA




Semoga hari ini, semangat Kemerdekaan akan terus kekal dan dihayati oleh semua. 
"Salam Merdeka"


Thursday 18 August 2011

Majlis Semarak Ramadan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTeM

Alhamdulillah.. Selesai satu lagi misi Program anjuran Kesuri pada tahun ini... Terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya geng-geng jawatankuasa yang menggerakkan program ini.. Tidak lupa juga kepada staf-staf FKM yang telah memberi sumbangan samada dalam bentuk idea, tenaga kerja, wang ringgit dan barang-barang pakaian dan keperluan. Terima kasih juga buat warga Taman Rumahku Syurgaku (RKSK) khasnya buat jawatan kuasa Taman RKSK, ibu-ibu tunggal dan kanak-kanak yang sudi memeriahkan majlis.... Jutaan terima kasih buat Dekan FKM, Prof Md Razali Ayob dan jemputan khas Datuk Abu Bakar Mat Diah yang turut menyerikan majlis Semarak Ramadan FKM 2011.. Semoga usaha dan amalan anda semua dirahmati Allah...

Click the picture for larger image


Slideshow Majlis Semarak Ramadan FKM

Buka Puasa & Farewell


Venue: Seoul Garden, Mahkota Parade

Bersama sebahagian pelajar-pelajar Penasihat Akademik (PA) dan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi meraikan tamatnya pengajian mereka di UTeM.. Tahniah diucapkan buat mereka... Perjuangan selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil menjadikan mereka bakal jurutera yang berkaliber (harapnya lee).. hehe.. Semoga mereka bakal menjadi insan yang berguna dan sentiasa "humble" dalam apa jua keadaan.. TAHNIAH!!!

Wednesday 10 August 2011

Hari Keluarga FKM 2011

16 Julai 2011.. Alhamdulillah.. berkat kerjasama kawan-kawan yang bertungkus lumus, HKFKM berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah di A Famosa Resort.. Kehadiran staf-staf yang serba "orange", menambahkan suasana ceria hari tersebut... Tahniah..


Sekitar 1Malaysia Solar Competition dan Perodua Ecochallenge

 1 Malaysia Competition kat Pusat Sains Negara


Perodua EcoChallenge at MIMC Melaka