Monday 27 February 2012

Kem Kenali Potensi Diri Siri 2


Alhamdulillah... selesai sudah satu lagi aktiviti anjuran JKPA FKM. Program kali ini mendapat kerjasama daripada 4 ahli jawatankuasa FAMESA FKM (En. Afiq, En. Fitri, Cik Halimaton dan Cik Nadia) yang bertindak sebagai Fasi Pelajar. Bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizme, diketuai oleh En Mat Isa selaku pengarah program, AJK (Cik Suhaila, Cik Hazwani, Cik Liana, Cik Habibah, En. Amrik, En Faizil, Dr. Zulkefli, Dr Rahman, PM Juhari, Dr. Zahir, saya) bersama seramai 39 pelajar
telah dipilih menyertai program siri ke-2 ini.



24 Februari 2012...
Sesi bermula dengan solat maghrib berjemaah dan tazkirah oleh PM Juhari di surau Kompleks Falak. Kemudian, dijalankan di Bilik Kuliah satu sesi ucapan Dekan FKM diikuti taklimat program. Aktiviti diteruskan dengan sesi ice-breaking bertujuan untuk pembahagian kumpulan dan sesi perkenalan.


25 Februari 2012...
Pagi-pagi, selesai saja solat subuh, pelajar beriadah, berkawad dan ber"poco-poco". Kemudiannya, satu pertandingan bolatampar diantara kumpulan.


Program diteruskan dengan dua siri ceramah yang disampaikan oleh Dr Muhammad Zahir bertajuk "Let Us Change" dan saya sendiri bertajuk "Potensi Minda".



Petang- Program Tayangan Planetarium, 3D, Treasure Hunt, Jungle Trekking. Malam pula diadakan sesi "Cerapan Langit Malam".


26 Februari 2012...
Sesi LDK iaitu aktiviti melibatkan teambuilding dan Refleksi yang dikendalikan oleh En Faizil bertujuan mengimbas semula objektif program diteruskan pada hari ini.


Semoga program sebegini mampu meningkatkan sahsiah pelajar berubah menjadi insan yang lebih baik. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan program ini.. 



More Photo Archive
[Part 1]...[Part 2]...[Part 3]...[Part 4]

No comments: