Tuesday, 14 February 2012

Wang Kelian, Perlis


Mmm... kali ni nak cerita pasai jalan jalan ke Wang Kelian, Perlis.. Sebelum nie dah biasa sangat dah pi Bukit Kayu Hitam dan Padang Besaq.. Danok, Hatyai & Songhkla pun dah biasa pi dah... So, kali nie, saja ja teringat nak pi ke Wang Kelian pulak.. Masalahnya, pasar jual beli barang kat sini hanya bukak hari ahad saja.. start dari awai pagi sampailah ke petang (biasanya petang dah banyak tutup dah)...


Pasar nie letaknya di sempadan perlis (Wang Kelian) dan siam (Satun). Kalau hari ahad, imigrisen akan bagi sapa-sapa yang nak masuk border ke sempadan siam khas untuk beli belah kat pasar nie... Tak payah pasport dan tak payah borderpass pun.. Masuk jaa.. Memang meriah la dengan penjuai-penjuai yang bukak bisnes depa.. Macam-macam ada.. makanan pun banyak yang unik-unik... Cuba tengok gambaq-gambaq makanan kat bawah nie..


Dah jadi macam pesta pulak bila tengok ramainya manusia yang bershopping dan ber"window shopping" (yang ni saya la).. Gaya ja macam shopping sakan.. hehe.. So, sapa-sapa yang tak biasa pi, bolehlah try pi sekali ke Wang Kelian ni.. 

No comments: