Thursday, 29 March 2012

Inovasi 30 Tahun

"Harimau Biru"
Semalam, satu majlis perasmian ringkas oleh Datuk Abu Bakar (CEO R&DCIC) diadakan sempena penyerahan kenderaan inovasi hijau ciptaan pelajar dan pensyarah FKM kepada kontingen Polis Diraja Malaysia. Idea asal tercetus 4 tahun lalu oleh ASP NorAzlinda kepada staf2 FKM. Namun atas beberapa faktor, projek ini tertangguh hampir 4 tahun lamanya. Berkat kesabaran, hajat merealisasi kenderaan ini diteruskan beberapa bulan yang lepas. Lukisan konsep terhasil daripada cetusan idea Sedara Syahibudil dan proses pembikinan kenderaan ini diterajui oleh Sedara Zahir dan anak-anak didiknya. Akhirnya, melalui idea ASP NorAzlinda maka lahirlah nama "Harimau Biru". Taglinenya "Comel tapi Garang".

Kenderaan hijau tiga roda ini menggunakan kuasa bateri dan mempunyai kelajuan sehingga 60km/jam. Pendek kata, boleh juga digunakan untuk merempit secara skema... maklumlah, kenderaan PDRM mestilah ikut peraturan jalanraya. Kos pembikinannya pun cukup kompetatif sekitar RM1800 sahaja. Cadangannya, kenderaan ini mungkin sesuai digunakan dalam operasi pengawasan di kawasan perlancongan sekitar bandar hilir. Kita tengoklah nanti kemana hala tujunya. Apapun, pengajarannya yang boleh kita ambil "Tidak ada suatu impian yang mustahil jika ada keyakinan dan usaha". Semoga selepas ini akan lebih banyak inovasi yang terhasil bermula melalui cetusan satu impian kecil. 

"30 tahun dulu kini dan selamanya"

ps: Tajuk entri diatas sekadar suka-suka. Tumpang bangga.

No comments: