Friday 9 March 2012

Komen dari Seorang Warga Pendidik

Petikan komen Saudara Zamarul nie saya copy paste daripada  blog [uthmdehati]. Lama dah komen nie, tahun 2009 dulu nu.. Saya sebenarnya tertarik dan sangat bersetuju dengan salah satu bahagian dalam komen beliau seperti yang saya "highlight"kan dibawah. Dan saya sangat berharap agar semua para pendidik samada guru atau pensyarah mempunyai tanggapan dan fikiran yang sama... Renung-renungkan...

Salam,
Hanya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui. Memulakan career di dunia korporat ketika berusia 21 tahun hingga 26. Ketika itu gaji sudah mencecah 5 angka apabila dicampur elaun. Kemudian keadaan ekonomi yang tak menentu pada tahun 1997-1998 menyebabkan gaji pekerja di potong.
2000 mendapat peluang menjadi pendidik. Oleh kerana tidak ada Ijazah Sarjana, Jawatan Tutor yang layak di pangku. Waktu itu masih lagi di SSB. Tak silap gaji Tutor termasuk elaun cuma RM1400.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan dilantik menjadi lecturer dengan gaji awalan hanya RM1900 termasuk elaun di sistem SSB.
Setelah melalui beberapa perubahan sistem dan kenaikan gaji dan berpindah ke universiti lain di gred DS45 P1T13, hanya pada tahun 2008 saya memperolehi kenaikan pangkat ke DS52. Itupun setelah memohon selama 2 tahun. Pada awal permohonan kenaikan pangkat, di tolak kerana syarat kenaikan pangkat ialah cukup 3 tahun berkhidmat tetapi di tempat yang baru. Walhal sudah mempunyai lebih 5 tahun berkhidmat di dalam pendidikan. Hanya setelah syarat di longgarkan dan sokongan dekan saya mendapat kenaikan pangkat tersebut dan hanya setelah saya berumur hampir 40 tahun.
Jadi moralnya, tidak mudah juga bagi seorang pensyarah untuk kenaikan pangkat. Birokrasi dalaman juga menjadi punca kenapa ada di kalangan rakan seperjuangan terutamanya dari industri yang sehingga kini masih di gred DS45 ketika meniti usia 45tahun.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi harus kita fikirkan, kalau seorang pekerja yang hanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda boleh di lantik ke gred 48 (dimana tidak ada gred itu di jawatan akademik) malah mereka juga menikmati perks yang lebih baik, sudah pasti ada kegusaran dan ketidakpuashatian di kalangan rakan-rakan yang mempunyai Ijazah Sarjana tetapi tidak dilantik ke gred lebih tinggi dari 45.
Perlu diingat setiap universiti juga mempunyai method tersendiri tentang kenaikan dari DS45 ke DS52. UM dan UNIMAP contohnya kalau tak silap kenaikan pangkat tersebut hanya memerlukan pemohon mengisi borang dan sokongan dekan, selepas itu ianya akan di bawa ke mesyuarat senat untuk diluluskan.
Tetapi ada sesetengah universiti prosesnya tidak semudah itu untuk kenaikan pangkat. Perlu melalui proses interview seperti saya yang memang tidak mudah. Malah tidak semua rakan sejawatan yang diluluskan kenaikan pangkatnya ketika itu.
Dari pengalaman saya, dengan kecelaruan dan tidak keselarasan sistem kenaikan pangkat akademik ini, sya lihat berlaku kes-kes mendatang di mana, pensyarah muda yang tidak berbengalaman sudah menduduki DS52 berbanding pensyarah yang berpengalaman. Orang kata junior dulu naik pangkat dari senior orang kata.
Seperti kes terpencil ini contohnya: Seorang pensyarah datangnya dari insustri berumur 40 tahun di lantik ke gred DS45. Dan ketika itu peluang untuk ke SLAB belum ada kerana selalunya bukan automatik pun untuk memohon SLAB. Kadang 3 tahun baru di luluskan. Jadi bila dah berumur 43 tahun lebih sudah tak layak kiranya untuk memohon SLAB. Jadi terpaksalah dia batalkan niat untuk menyambung pelajaran kerana tidak kecukupan modal sendiri. Then ada pensyarah muda ini bermula kerjaya nya sebagai akademik pada usia mentah 27 tshun. By 30 dah boleh memohon SLAB. By the time dia balik dengan PhD, ada sesetengah universiti memberikan lantikan automatik ke DS52. Jadi kita bayangkan lah bagaimana sistem itu sendiri tidak begitu berkesan.
Maka pensyarah yang berpuluh tahun berpengalaman dari industri ini yang menyumbang kepakaran dan pengalaman masih tertinggal jauh.
Jadi renung-renungkan lah. Ini bukan soal ko gaji besar masih nak menyalak ker apa. Tetapi berpatutan dengan usaha mereka sehingga mendapat Ijazah sarjana.
Saya pernah di tanya oleh juru2 teknik dan kerani di tempat saya kenapa kami masih tidak bersyukur dengan gaji yang ada. Jawapan saya mudah, saya bekerja sebagai pendidik sebenarnya bekerja untuk dunia dan akhirat. Jawatan pendidik ini sebenarnya jawatan yang paling tinggi di antara jawatan2 di sektor awam. Kalau pendidik ini sendiri tidak berkewibawaan dan tiada akauntability, maka sudah pasti anak2 saudara semua tidak lah akan sampai ke tahap sekarang menjadi seorang jurutera, menjadi menteri, dan sebagainya. Jadi apakah sumbangan kita sebagai masyarakat yang rata-ratanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak2 mereka kepada pendidik? Berpatutan la gaji kerani lulusan SPM pun sudah mencecah ribuan sekarang. Itu SPM, kira saja perbedaan kelayakan dengan gaji. Pasti kita lihat… kalau SPM pun sudah bergaji 1300 sebulan, diploma pula bagaimana, Ijazah Sarjana Muda pula bagaimana, dan ijazah sarjana pula bagaimana.
Jadi kita jangan lihat dari unsur gaji dah besar tapi masih menyalak. Lihatlah common sense nyer.
Sekian, hanya pendapat saja. Kalau tidak betul saya minta maaf

No comments: