Sunday 4 March 2012

Program Gerak Inovasi - Sek. Men. Keb. Hang Kasturi

3 Mac 2012, Persatuan Gerak Inovasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai InoMa telah menganjurkan Program Gerak Inovasi di Sek. Men. Keb. Hang Kasturi, Masjid Tanah.. Program ini mendapat kerjasama daripada R&DCIC, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sains dan Matematik SMKHK. Objektifnya untuk mempertingkatkan pengetahuan golongan pelajar luar bandar dalam memahami budaya inovasi dalam kehidupan seharian. Selain kehadiran pelajar, guru-guru, para jemputan, kehadiran bebrapa ahli AJK InoMa (Datuk Bakar, Dr. Zahir, Tuan Syed Aliwi, Cik Fazilah, Dr. Sivarao) turut memeriahkan lagi program ini. 



Pada sesi awal pagi, satu ceramah bertajuk "Inovasi dalam Kehidupan" telah disampaikan oleh CEO R&DCIC merangkap Pengerusi InoMa iaitu YBhg Datuk Dr Abu Bakar. Selain itu, satu pertandingan melukis dan mewarna bertemakan "Inovasi Kenderaan Masa Depan" turut dijalankan dan diadlili oleh dua juri jemputan iaitu Saudara Syahibudil Ikhwan dan Saudara Shafizal daripada Jabatan Rekabentuk dan Inovasi, FKM, UTeM. Pameran juga turut diadakan memperlihatkan model kereta LEGO yg diketuai oleh Dr. Azman (FKM, UTeM) dan kereta solar dan bot amfibia yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar UTeM. Majlis berlangsung sehingga jam 12.30 tengahhari dan diakhiri dengan jamuan makan yang disedia dan ditaja oleh InoMa dan Kelab Guru SMKHK.

No comments: