Tuesday, 6 March 2012

Untungnya berbadan besar....

Ramai orang sekarang ni bersusah payah nak kecilkan saiz badan... Ada yang sanggup berdiet taknak makan, ada plak yang sanggup perabih duit nak beli ubat-ubat yang kononnya boleh mengurangkan berat badan.. Ok.. saya tak nafikan, berbadan besar nie meningkatkan risiko untuk mengundang penyakit... Alah penyakit trio yang selalu sangat kita dengar tu... Darah Tinggi, Kencing Manis & Sakit Jantung... Betoi la.. dengaq nama pun rasa ngeri... Yang penting kena la maintain.. tekanan darah mesti normal..


Cuma mungkin tak ramai yang bertindak menguruskan badan secara natural.. For example,
macam member saya cakap "Take half what you take now"... maksudnya, cuba la kurangkan makan tu sikit... amik nasik separuh, roti canai separuh (ada ka kedai mamak juai separuh ja), teh tarik jadi teh o kurang manis... Pastu, cuba-cuba la belajar mengira jumlah kalori makanan yang diambil... Nak senang search ja dalam internet... Ni contoh website for those yang nak tau jumlah kalori makanan yang kita makan [KLIK JA DISINI].. 

Ok.. apa tujuan kita nak tau jumlah kalori yang kita ambik hari-hari... Mudahnya, untuk kita balance antara kalori yg diambik dengan kalori yang kita bakar (burn fat)... kalau kita amik 2000 kalori kemudiannya kita cuma burn 500 kalori ja.. agak-agak la lepas sebulan apa akan jadi... So, macammana pulak nak burn fat... mmm... apa lagi, exercise la... jogging ka, main badminton ka, kayuh beskal ka, lompat katak ka... semua buleh burn fat... tips paling senang (maklumlah ada yang cakap takdak time nak exercise), pagi-pagi amik healthy breakfast, then cuba amalkan parking kereta jauh sikit dr opis (nak tak nak terpaksa berjalan jauh sikit), naik tangga (err, kalau opis tingkat 12, naik lif je la) dan paling penting elakkan makan lewat malam (selewatnya 6.30 petang)...

Healthy food yang nampak cam sedap ja sebab kaler kaler
Tips nie sebenarnya member saya yang bagitau... dia dah buktikan dia buleh kurangkan 40 kg dalam masa 4 bulan.. tanpa bantuan ubat2 diet... bayangkan 4 kampit beras tu... Berat gile tu.. Saya pulak masih tak dapat nak ikut.. sebab masalah besar saya ialah "SAYA SUKA MAKAN"... Tapi ada juga baiknya berbadan besar ni.. Contohnya kalau bergambar, walaupun kita bukanlah orang penting tapi sah sah la kita paling obvious sebab saiz badan yang besar... Cuba tengok keratan akhbar artikel Program Gerak Inovasi anjuran InoMa dalam Melaka Hari Ini kat bawah nih... Setuju ke tak dengan statement saya..  saya ulang.. "walaupun kita bukanlah orang penting tapi sah sah la kita paling obvious sebab saiz badan yang besar"...


hehe.. mesti ramai yg akan kata "ni bukan nak cerita pasai healthy life, ni nak tunjuk gambar masuk paper"... mmm.. taktau la.. ada kemungkinan jugak kot... Bak kata pepatah: Sudah terang lagikan bersuluh, sudah bersuluh disuluh lagi..

No comments: