Wednesday 18 April 2012

Ergonomik di Tempat Kerja

Anda biasa dengar apa itu ergonomik? Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. Prinsip asas bagi ergonomik adalah menyesuaikan keperluan kerja, peralatan dan persekitaran dengan diri kita. Mungkin kita tak kisah sangat berkaitan faktor ergonomik nie. Tapi ada kajian mengatakan ketidakseriusan ini merupakan punca-punca kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen. Tu yang kadang-kadang sebabkan sakit belakang la, sakit punggung la, mata sakit dan macam-macam lagi... So, bila duduk buat kerja atau belajaq, make sure keadaan postur badan kita sesuai.. Jangan la duduk cam orang senget sebelah plak.. Cuba check kartun kat bawah, mungkin kita ada salah satu simpton postur yang tak sesuai.

  
Bila time kerja atau belajaq, cuba-cuba la praktikkan mende-mende nih... 1) apply postur badan selamat dan sesuai. 2) susun alatan opis macam PC, printer, kerusi, almari atau meja supaya senang nak kita handle. 3) Buat exercise ringan sebelum dan ketika kerja. Kalau rajin nak berpoco-poco pun tak kisah lah. Kalau kerja yang banyak guna PC, cuba amalkan 25 minit bekerja dan 5 minit rehat (tengok la benda lain selain monitor PC tu). Jangan plak buat-buat tersilap mengamalkan 5 minit kerja 25 minit rehat... 


Ada beberapa perkara yang mempengaruhi keadaan ergonomik di tempat kerja:

1) Susun atur dan pengunaan perabot seperti komputer, telefon, dokumen dan lain-lain. Kalau boleh gunakan meja berbentuk L. Kerusi plak kalau boleh gunakan yang jenis boleh laras supaya paras siku sama dengan paras meja.


2) Faktor persekitaran pejabat seperti suhu dan keamatan cahaya. Suhu kat opis jangan terlalu sejuk macam duduk dalam peti ais ataupun panas macam duduk kat belakang peti ais.. Cahaya pulak kena terang. Jangan ada bayangan yang kalau ditenung lama-lama maunya boleh migrain atau sakit kepala. Bagi yang opis ada cermin tingkap, monitor PC jangan letak melawan cahaya matahari. Silau mata woo..


3) Mesti ada pengudaraan yang baik... Paling koman pun ada kipas la.. Kipas jenis handmatic pun takpa... Sekurang-kurangnya buleh la kipas untuk elakkan bau-bauan hapak yang harum semerbak.. Buka pintu dan tingkap untuk bagi ada aliran pengudaraan yang baik... 


Ni setup yang saya susun di opis saya. Taktau la nak kata ergonomik ka tak.. 


Kalau kat rumah pulak.. Gini la setupnya. Kalau nak hilangkan stress, buleh ja layan TV takpun naik basikal...


Kesimpulannya, suasana kerja yang ergonomik penting sangat-sangat. Sebab ia akan pastikan keadaan kerja yang kondusif dan selamat. Produktiviti dan kualiti kerja pun insyaallah akan meningkat... Selamat Mencuba...

No comments: