Monday 23 April 2012

Geng Serumah UTM dulu dulu

Teringat pulak masa time belajaq kat UTM dulu, tahun 1996, masa 3rd year, kami decide untuk pakat-pakat duduk luar asrama.. Masa tu mula la survey rumah-rumah sekitar Taman Universiti Skudai dan akhirnya berjumpalah kami dengan Majistret Abg Manan iaitu Tuan Punya Rumah yang kami nak sewa... Ding dong ding dong, maka setujulah kami dengan kadar sewa masa tu RM800. 

Bila start masuk rumah, mula2 pakat share duit beli mesin basuh dan peti ais... Kalau tak silap kami beli yang secondhand ja.. Janji buleh pakai.. Pastu, kami pakat-pakat pi beli kayu dan plywood dan dengan bakat yang ada, kami pun menjadi tukang (rasanya paling berbakat masa tu Faizi dengan Zaidi).. Kami buat meja makan saiz 10 kerusi, rak dapur, kitchen cabinet, meja santai, meja studi dll...  Dashyat jugak la skill masing masing... Apa yang penting.. Kerjasama...

Time belajaq masa nie, duit pinjaman tak banyak.. Dengan bayaran sewa, bil api, bil air, bil telepon yang mencecah RM100 seorang, so kami pakat-pakat berjimat dengan memasak untuk dinner dan kadang2 untuk lunch... Chef kami tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan Joazhari Tabrani.. Kira gempaq la buleh masak macam-macam... 



Bila mengenangkan zaman ni, saya rasa dengan kadar pinjaman/biasiswa yang cukup-cukup makan (kadang-kadang tak cukup jugak), tersangatlah bertuahnya mempunyai kawan-kawan yang sanggup susah senang sama-sama... Bayangkanlah famili duduk jauh, jadi kawan-kawan ja lah yang ada... Alhamdulillah, berkat usaha dan doa keluarga, semuanya kini dikira dah berjaya dalam bidang masing-masing... Ironiknya, kami dari pelbagai fakulti berbeza. Ada dari Fakulti Sains, Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Geinformasi dan Fakulti Kejuruteraan Awam. Ni lah geng-geng serumah.


  1. Hisam Sumiry: Senior Chemist di SIRIM NML
  2. Redza Yusop: General Manager Xtion Paintball Bukit Jalil
  3. Ismadi Shukor: Engineer di Company kat Johor
  4. Joazhari Tabrani: Bisnes Sendiri (Restoren)
  5. Imran Syakir Mohamad: Lecturer kat UTeM Melaka
  6. Azaliza Mansor: Cikgu di Sarawak
  7. Azmai Abd Rashid: Chemist/Manager di Company Resin
  8. Fairozee Hashim: Sr. Multimedia Designer kat Mudah.my
  9. Rastam Mohd Rawi: Lecturer di Kolej Matriks Perlis
  10. Ismail Mat Zain: Engineer kat IWK Perlis
  11. Faizi: Missing In Action
  12. Rozaidi Abd Razak: Tokey Celcom di Sungai Petani

2 comments:

Aki (kotakitam) said...

Bob.. link kan nama2 tadi ke facebook masing2 :)

Anonymous said...

Dulu semua kurus belaka :-) makan aper yg ader, tidur maner2 ruang ader, akhirnyerr berjaye n jadik manusia :-)