Friday 25 May 2012

Jalan-Jalan Cari Makan - Nasik Arab

Bila ada kawan sebut perkataan "MANDI"... First yang terlintas bukannya mandi kat toilet tu.. tapi saya akan terbayangkan makanan arab yang berupa nasik bersama kambing dan kuah tomato... Kalau di Melaka nie, port utama saya di Restoren Arab Dima yang lokasinya depan ja dengan MMU... Bagi saya, makanan nie memang sedap la.. Mungkin harga sedikit mahal, tapi berbaloi la orang kata...  Di Malaysia nie dah ada banyak restoren Arab dan antara yang popular seperti Damsyik, Saba dan Rawsha... 


Baru-baru nie, rakan saya, Peguam Redzuan, mengajak saya mencuba nasik arab di Restoren Arab Zam-Zam Seksyen 9, Shah Alam... Tempatnya exclusive, suasana dalam restoren menyebabkan terasa macam orang arab pulak.. Cuma kurang pandai nak berbahasa Arab.. So, sebaik menu sampai.. tanpa pikir panjang saya terus ja order Mandy Lamb... Nie antara gambar-gambar sekitar restoren tersebut... 




Err, mana gambar nasik Mandy tu? Seriously, dek kerana terlalu teruja makan, saya terlupa dan hanya tersedar apabila ditegur oleh rakan saya "Gambar nasik tu tak ambik ka?".. Jawab saya: "Alamak, takkan nak ambik kot, nasik dah nak abih dah nie"... hehe... Buat rakan saya tu, saya ucapkan syukran kerana belanja saya makan... Next time boleh cuba menu lain pulak... Jom..

No comments: