Saturday 2 June 2012

Kenalan, Kawan, Teman dan Sahabat

Jom lihat disekeliling kita, punya la banyak-banyak manusia, berapa ramaikah yang kita istilahkan sebagai kenalan, kawan, teman dan sahabat... Zaman sekarang senang ja nak mencari kenalan... Dah ada blog, twitter, friendster dan paling popular facebook... Just add dan tunggu accepted... then dah jadi "KENALAN"... senang sangat kan... So, setakat kenalan tu takdak la apa-apa makna sangat.. belum tentu kita betul-betul kenal sapa kenalan kita tu... Kadang-kadang sekadar tau nama dan muka.. Tu pun belum tentu nama dan gambar muka tu real@sebenar... Boleh jadi fake.. maklumlah dunia tanpa sempadan... macam macam boleh berlaku...

Mmm... memang betul kawan kita ramai... tapi setakat "KAWAN" saja... kawan satu kelas, kawan satu opis... kalau kita ni jenis peramah, ada rupa, popular, berpangkat, tentunya jumlah kawan-kawan akan semakin bertambah... Ramai yang akan cuba dekati diri kita... cuma sejauh mana niat dan keikhlasan "berkawan" masih lagi menjadi persoalan... banyak yang akan mengaku sanggup susah senang sama-sama...Biasalah, sebab dia mengaku semasa kita senang... Kalau masa kita susah, belum tentu ada yang sanggup mengaku kawan... Kesimpulannya, ramai manusia yang setakat mampu menjadi kawan sahaja... amat sukar mencari satu hubungan yang lebih kuat... Saya suka istilahkan sebagai seorang "TEMAN"... Nah.. ada pulak yang akan kata sama ja "kawan dan teman"... bergantunglah kepada sejauh mana kita nak terjemahkan maksud perkataan tersebut... Dalam kamus pun, istilah-istilah tu tak jauh berbeza maksudnya...


Teman ni selalunya lebih akrab dengan kita... selalunya mereka lah kumpulan yang akan bersama kita pergi makan, tengok wayang, shopping, lepak dll... Kira akrab la jugak... boleh jadi teman bergosip, ngumpat, berhujah, bercerita dan macam-macam lagi... Selalunya, teman ni dikalangan yang berada rapat dengan kita.. misalnya sebilik, serumah, seopis.. senang cakap teman nie selalunya terlibat dengan kebanyakan aktiviti harian kita dan bila dah selalu sangat berkongsi maka jadilah kumpulan ini sebagai teman... Namun belum tentu teman kita ini mampu bersama-sama kita semasa kita susah.. Mereka mungkin hanya sekadar bersimpati tetapi untuk bertindak lebih daripada itu mungkin sukar diterjemahkan.. Tapi, ada satu lagi kumpulan yang dinamakan "SAHABAT".. istilah ni jarang-jarang dipakai... sebab nampak skema sangat... so, ada yang sebut kawan baik, teman sejati, best friend forever... tak kisah la apa istilahnya, yang penting maksudnya melebihi daripada kawan atau teman biasa...

Berapa ramai yang akan berkongsi perkara peribadi dengan kawan atau teman... Tak ramai yang akan dengan sengaja menceritakan kisah-kisah peribadinya dengan kumpulan ini melainkan mereka yakin dan percaya sangat-sangat... Bila sebut yakin dan percaya sangat-sangat, kumpulan yang dimaksudkan inilah yang saya kategorikan sebagai sahabat... sahabat bukan senang dicari.. memerlukan satu proses yang panjang sebelum kita kenal hati budi mereka.. kadang-kadang bertahun-tahun barulah kita betul-betul yakin bahawa si dia boleh menjadi sahabat kita... sahabat tidak semestinya berada di sekitar kita.. ada yang duduk jauh beribu-ribu batu... Mungkin jarang-jarang dapat berjumpa... Tapi naluri hati kita tetap yakin akan keikhlasan persahabatan tersebut.. Malah merekalah yang selalu menjadi tempat kita berkongsi kegembiraan kita... Dan lebih penting merekalah juga tempat kita berkongsi masalah dan kesusahan kita.. Mereka lah insan yang sanggup menjadi pendengar, malah akan memberikan nasihat yang baik.. Mereka bukan saja simpati malah mereka juga empati akan kesusahan yang kita alami dan sanggup membantu dan mendoakan kebahagiaan kita..

Sekarang, jom kita lihat sekali lagi disekeliling kita... mmm... berapa ramaikah mereka yang digelar kenalan, kawan, teman dan sahabat...  Fikir-fikirkan lah... ;)


No comments: