Friday 30 March 2012

Love Our Parents

Actually, saya sendiri tak ingat dari mana saya ambil artikel ni. Cuma saya rasa perkara yang baik elok kita kongsi sama-sama. Kepada penulis artikel ini, saya mohon share ya.

Wednesday 28 March 2012

Kongsi Ilmu: Spiritual NLP oleh Dr Azhar Sarip

Dalam entri lepas, saya ada mempromosi buku karya Dr Azhar Sarip iaitu pengasas Spiritual NLP. Apa yang menarik sebenarnya tentang Spiritual NLP nie.. Peluang mengikuti bengkel tiga hari dua malam di Ancasa Allsuites Resort, Port Dickson last week betul-betul memberikan saya satu pengalaman dan pengetahuan baru berkenaan model Spiritual NLP nie.. 


Melihat ketenangan dari riak muka dan tutur bahasa Dr Azhar sudah memberi gambaran betapa bengkel ini memang "lain dari yang lain".

Monday 26 March 2012

Promo Buku: Bebas dari Belenggu

Saya berpeluang berjumpa dengan Dr. Azhar Sarip last week semasa saya terlibat dalam satu kursus yang dijalankan beliau. Dr Azhar cukup sinonim dengan kursus-kursus spiritual-NLP (Neuro-Linguistik Programme). Dan saya turut berpeluang untuk mendapatkan hasil karya Dr Azhar seperti dibawah. Insyaallah, lepas saya baca nanti saya akan olahkan secara ringkas berkaitan isi kandungannya. Namun saya yakin, buku ini amat sesuai dibaca dan dijadikan koleksi kepada semua...

Muka Depan


Autograf dan kata-kata perangsang Dr Azhar


Muka Belakang

Artikel "Kem Kenali Potensi Diri" Siri 2 FKM

- Melaka Hari Ini. 26 Mac 2012 -
Gallery UTeM-[KLIK DISINI]

Thursday 22 March 2012

Majlis Anugerah Dekan dan Perjumpaan Penasihat Akademik 2012

Nak anjurkan program macam ni bukanlah satu kerja senang... Dah macam nak buat kenduri kahwin gayanya... Tapi syukur kali nie Team JKPA FKM mendapat sokongan kuat daripada Team FAMESA FKM... Majoriti geng2 FAMESA turun padang membantu kami bermula dari pendaftaran, mengacara majlis, penyampaian sijil dekan, fotografi hinggalah selesai jamuan...  

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Selagi hayat dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Program kali ni sedikit terencat apabila

Wednesday 21 March 2012

Mydin Hypermarket ke-8 kini di Alor Setar


At last, tergerak juga hati Mydin nak bukak hypermarket kat Alor Setar. Sebelum nie, memang la ada Mydin di Alor Setar, alah kat area city point tu.. tapi alahai, kecik sangat.. Balik Kedah kali ni, terpampang banner "Mydin Hypermarket kini dibuka" di Taman Saga, Alor Setar... opening 15 Mac 2012.. Ni kira hypermarket ke-8 Mydin la... Cuma, lokasi agak jauh sikit dari bandar, Saiznya pun agak kecil kalau nak dibandingkan dengan Mydin Melaka..  Tapi macam biasa lah, org tetap ramaiiii...

Sorry, gambar kurang sharp... amik pakai Hphone 6300 nokia saya.

Friday 9 March 2012

Komen dari Seorang Warga Pendidik

Petikan komen Saudara Zamarul nie saya copy paste daripada  blog [uthmdehati]. Lama dah komen nie, tahun 2009 dulu nu.. Saya sebenarnya tertarik dan sangat bersetuju dengan salah satu bahagian dalam komen beliau seperti yang saya "highlight"kan dibawah. Dan saya sangat berharap agar semua para pendidik samada guru atau pensyarah mempunyai tanggapan dan fikiran yang sama... Renung-renungkan...

Thursday 8 March 2012

SBPA batal, SSM ditambahbaik

Berita Harian Online | Najib umum SBPA batal, SSM ditambahbaik


Maklumat lain yg mungkin digunapakai... Wallahuallam...

1.  SBPA dibatalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan.
 
2.  Kenaikan gaji 13% diberi kepada penjawat Gred 1-54, Gred Khas/Jusa C-A antara 9%, Turus 1-2 antara 8% dan KSN 7%.
 
3.  Kekananan dalam SSM diteruskan dan gaji mati diperpanjangkan dan ditambahbaikan. PTK 4/4 akan dapat anjakan.
 
4.  Elaun cola luar bandar dinaikkan dari RM200 ke RM250 dan RM100 ke RM150.
 
5.  Kenaikan GAJI tahunan antara RM 80 -RM 320 bergantung kepada gred.
 
6.  Lain-lain diserahkan kepada pihak JPA dan CUEPACS untuk penambahbaikan.
 
7.  Kuatkuasa serta merta 1 Januari 2012 dan tertakluk perubahan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Monday 5 March 2012

Formula Varsity 2012 - Artikel dalam Newspapers


Tahun ni, FKM UTeM sekali lagi bakal menganjurkan pertandingan kereta "racing" di antara pelajar-pelajar institut pengajian tinggi seluruh negara. Dalam penganjuran FV2010, saya terlibat dalam team penajaan. Untuk FV2012 kali ni, saya dalam team promosi pulak. Geng-geng team promosi adalah Khairulhusaini, Afiq, Bob, Shafizal (Pot), Shamsuri dan saya sendiri. Insyaallah, target kami adalah untuk publish sebanyak mungkin artikel berkenaan FV2012 bagi tujuan promosi dan branding. Ni beberapa artikel yang telah pun dicetak dalam akhbar Melaka Hari Ini. Selamat maju jaya FV2012.. Nantikan kemunculannya...




Celik Mata dan Jiwa - Prof Dr Muhaya Mohamad





...Dapatkan di pasaran...




Sunday 4 March 2012

Program Gerak Inovasi - Sek. Men. Keb. Hang Kasturi

3 Mac 2012, Persatuan Gerak Inovasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai InoMa telah menganjurkan Program Gerak Inovasi di Sek. Men. Keb. Hang Kasturi, Masjid Tanah.. Program ini mendapat kerjasama daripada R&DCIC, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sains dan Matematik SMKHK. Objektifnya untuk mempertingkatkan pengetahuan golongan pelajar luar bandar dalam memahami budaya inovasi dalam kehidupan seharian. Selain kehadiran pelajar, guru-guru, para jemputan, kehadiran bebrapa ahli AJK InoMa (Datuk Bakar, Dr. Zahir, Tuan Syed Aliwi, Cik Fazilah, Dr. Sivarao) turut memeriahkan lagi program ini. 



Pada sesi awal pagi, satu ceramah bertajuk "Inovasi dalam Kehidupan" telah disampaikan oleh CEO R&DCIC merangkap Pengerusi InoMa iaitu YBhg Datuk Dr Abu Bakar. Selain itu, satu pertandingan melukis dan mewarna bertemakan "Inovasi Kenderaan Masa Depan" turut dijalankan dan diadlili oleh dua juri jemputan iaitu Saudara Syahibudil Ikhwan dan Saudara Shafizal daripada Jabatan Rekabentuk dan Inovasi, FKM, UTeM. Pameran juga turut diadakan memperlihatkan model kereta LEGO yg diketuai oleh Dr. Azman (FKM, UTeM) dan kereta solar dan bot amfibia yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar UTeM. Majlis berlangsung sehingga jam 12.30 tengahhari dan diakhiri dengan jamuan makan yang disedia dan ditaja oleh InoMa dan Kelab Guru SMKHK.