Monday 30 April 2012

Sunday 29 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Saya tengah berkira-kira untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2012. Event pameran buku terbesar di Malaysia ini dah pun bermula sejak 27 April dan akan tamat pada 6 Mei ini... Kalau diikutkan semalam 28 April dah memang plan nak ke KL.. Malangnya terpaksa saya tangguhkan dulu gara-gara BERSIH 3.0... Sangat la spoilnyerrrrrrrrr BERSIH 3.0 nih... Nampak gayanya terpaksa la saya cari masa lain yang lebih sesuai... Kalau ada kesempatan lah.. Dalam kepala saya dah ada beberapa buku yang saya memang plan nak beli... Jom..




Monday 23 April 2012

Geng Serumah UTM dulu dulu

Teringat pulak masa time belajaq kat UTM dulu, tahun 1996, masa 3rd year, kami decide untuk pakat-pakat duduk luar asrama.. Masa tu mula la survey rumah-rumah sekitar Taman Universiti Skudai dan akhirnya berjumpalah kami dengan Majistret Abg Manan iaitu Tuan Punya Rumah yang kami nak sewa... Ding dong ding dong, maka setujulah kami dengan kadar sewa masa tu RM800. 

Bila start masuk rumah, mula2 pakat share duit beli mesin basuh dan peti ais... Kalau tak silap kami beli yang secondhand ja.. Janji buleh pakai.. Pastu, kami pakat-pakat pi beli kayu dan plywood dan dengan bakat yang ada, kami pun menjadi tukang (rasanya paling berbakat masa tu Faizi dengan Zaidi).. Kami buat meja makan saiz 10 kerusi, rak dapur, kitchen cabinet, meja santai, meja studi dll...  Dashyat jugak la skill masing masing... Apa yang penting.. Kerjasama...

Time belajaq masa nie, duit pinjaman tak banyak.. Dengan bayaran sewa, bil api, bil air, bil telepon yang mencecah RM100 seorang, so kami pakat-pakat berjimat dengan memasak untuk dinner dan kadang2 untuk lunch... Chef kami tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan Joazhari Tabrani.. Kira gempaq la buleh masak macam-macam... 



Bila mengenangkan zaman ni, saya rasa dengan kadar pinjaman/biasiswa yang cukup-cukup makan (kadang-kadang tak cukup jugak), tersangatlah bertuahnya mempunyai kawan-kawan yang sanggup susah senang sama-sama... Bayangkanlah famili duduk jauh, jadi kawan-kawan ja lah yang ada... Alhamdulillah, berkat usaha dan doa keluarga, semuanya kini dikira dah berjaya dalam bidang masing-masing... Ironiknya, kami dari pelbagai fakulti berbeza. Ada dari Fakulti Sains, Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Geinformasi dan Fakulti Kejuruteraan Awam. Ni lah geng-geng serumah.


  1. Hisam Sumiry: Senior Chemist di SIRIM NML
  2. Redza Yusop: General Manager Xtion Paintball Bukit Jalil
  3. Ismadi Shukor: Engineer di Company kat Johor
  4. Joazhari Tabrani: Bisnes Sendiri (Restoren)
  5. Imran Syakir Mohamad: Lecturer kat UTeM Melaka
  6. Azaliza Mansor: Cikgu di Sarawak
  7. Azmai Abd Rashid: Chemist/Manager di Company Resin
  8. Fairozee Hashim: Sr. Multimedia Designer kat Mudah.my
  9. Rastam Mohd Rawi: Lecturer di Kolej Matriks Perlis
  10. Ismail Mat Zain: Engineer kat IWK Perlis
  11. Faizi: Missing In Action
  12. Rozaidi Abd Razak: Tokey Celcom di Sungai Petani

Wednesday 18 April 2012

Ergonomik di Tempat Kerja

Anda biasa dengar apa itu ergonomik? Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. Prinsip asas bagi ergonomik adalah menyesuaikan keperluan kerja, peralatan dan persekitaran dengan diri kita. Mungkin kita tak kisah sangat berkaitan faktor ergonomik nie. Tapi ada kajian mengatakan ketidakseriusan ini merupakan punca-punca kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen. Tu yang kadang-kadang sebabkan sakit belakang la, sakit punggung la, mata sakit dan macam-macam lagi... So, bila duduk buat kerja atau belajaq, make sure keadaan postur badan kita sesuai.. Jangan la duduk cam orang senget sebelah plak.. Cuba check kartun kat bawah, mungkin kita ada salah satu simpton postur yang tak sesuai.

  

Sunday 8 April 2012

Design Sijil InoMa

Dalam meeting Inoma baru-baru nie, semua AJK dah pun sepakat untuk keluarkan sijil pada semua ahli-ahli berdaftar InoMa. Jadi, nak jadi cerita, saya diminta untuk designkan sijil tu. Blur la jugak sebab tak penah design sijil sebelum nie... Nak kata pandai pun tidak, cuma ada la belajaq sikit2 dari member2 housematte architechture masa kat UTM dulu. So, basic ideanya sijil nie biarlah nama simple dan kemas.. Bawah nie antara design yang bakal di propose ke jawatankuasa induk InoMa... Tak tau lah ok ke tak..


 

So, sapa-sapa yang rasa nak tambah koleksi sijil bolehlah mendaftar dengan InoMa nih... Boleh ke blog [InoMa]. Dan download borang keahlian dari blog tu. Bayaran cuma RM10 untuk tahun pertama dan RM5 untuk renewal... Jom daftar ramai-ramai.. 

Friday 6 April 2012

iCEi 2012 anjuran FKM UTeM

Kali ni giliran FKM pulak menganjurkan International Conference on Engineering & ICT (iCEi2012) yang berlangsung pada 4-5hb April 2012 bertempat di Mahkota Century Hotel Melaka. Secara keseluruhannya terdapat 173 kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan ini dengan lebih 12 daripadanya adalah pembentang luar negara. Saya pula terlibat untuk bertugas dalam biro pendaftaran & penyertaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua khasnya geng2 team jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan persidangan antarabangsa ini.


PROTON P3-21A = PROTON PREVE

"Lawa dan penuh gaya"
"Smart kan lampu belakang PREVE nie"

At last, terjawab sudah spekulasi nama model kereta baru Proton. Kini P3-21A dikenali sebagai PREVE. Ada rupa ada gaya. Bagi saya inilah model kereta keluaran PROTON yang paling menawan. PROTON Preve akan ditawarkan pada harga RM62,000 seunit bagi versi standard, RM65,000 bagi versi sederhana dan RM75,000 seunit bagi versi premium.

Sunday 1 April 2012

The New Proton P3-21A - Nice & Smart

Nama kereta model baru Proton masih lagi samar-samar. Tapi dah banyak rumours dah tentang kereta yang pada awalnya cukup sinonim dengan nama "Tuah". Harap-harap, model kereta baru nie akan meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan peminat otomobil Malaysia dan dunia terhadap kereta buatan Malaysia nih. Just for sharing...


Yang ni plak saya amik ja dari internet. Kesahihannya belum pasti. Tapi sekadar satu perbandingan yang dibuat dengan kereta-kereta seangkatan model baru Proton nie. Cuba-cuba lah perhatikan perbezaannya.

Spesifikasi - Copy Paste from Internet

Features