Monday 18 June 2012

Cerita Bab Tayar

Tayar adalah salah satu bahagian yang penting yang saya akan check terutamanya sebelum "jalan jauh" biasanya time balik kampung... Saya akan pastikan bunga tayar ok, tekanan tayar ok, takdak crack dan gelembung dan sekali setiap 4-5 bulan saya akan ke kedai untuk balancing dan allignment tayar kereta saya...  Saya pernah ikut serta dalam satu talk anjuran Chevrolet Bangi dengan kerjasama Hankook Tyre sekitar tahun 2007... satu ilmu yang cukup berguna buat saya... Maklumlah, sebelum tu pakai main beli ja tayar dan tersangat bergantung kepada maklumat tokey kedai tayar jaa... Now, at least, bila ke kedai tayar tu, tau la jugak tentang ilmu tayar nie.. 

 

Cuba belek-belek kat tayar kereta.. Ada macam-macam tulisan dan nombor kan... Jom kita tengok apa yang dimaksudkan info pada tayar kereta tu... First yang paling clear, jenama tayar la... Michelin, Bridgestone, Toyo, Yokohama, Pirelli, Dunlop, Silverstone, Hankook dll... Ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada kualiti dan saiz tayar... Sekarang, saya guna jenis Hankook Ventus V8 (205 55 16R).. Tak terlalu mahal dan yang penting dari jenis softcompound sebab ia lebih comfort dan senyap... Gambarajah di bawah nie boleh dijadikan rujukan kalau-kalau ada yang nak tahu pasal info tayar... Salah satu info yang penting bila nak beli tayar, ada maklumat di tayar yang menunjukkan bila ianya dibuat... cthnya: 2110 (maksudnya dibuat minggu ke 21 tahun 2010)... so, jgn terkena dengan tokey kedai terbeli tayar lama plak...



Andaikata tayar kita bocor samada terkena paku, skrew atau terlanggar besi ka... Tengok camana kerosakan tayar tu.. ada kawasan yang boleh ditampal... harga tampalan dalam RM5-RM10 ja.. Tapi andaikata kebocoran tu disebelah tepi tayar atau terlalu besar.. so, kena lah tukar tayar yang baru... kalau nak jugak tampal, risiko terlalu besar sebab kawasan tepi tayar tidak ada protector dan berkemungkinan akan pancit lagi.. Lebih teruk kalau tayar tersebut pecah dan meletup... 



Apa akan jadi kalau kita jarang-jarang check tekanan angin tayar kereta kita.. Kalau tekanan tak normal ia boleh sebabkan penggunaan petrol bertambah, tayar rosak akibat bunga tidak rata, bocor, handling kereta teruk dll. Untuk saya, standard tekanan tayar kereta saya sekitar 32 psi... kalau full load (7 orang dan lebih) saya akan masukkan angin sekitar 36 psi... biasanya kita boleh check tekanan angin yang dicadangkan untuk tayar kereta kita dalam manual kereta atau kadang-kadang maklumat itu ada di bahagian pintu kereta atau ada diletakkan di bahagian pembuka minyak... cuba check tengok...

 

Ada tools tambahan untuk tayar yang perlu ada dalam kereta selain jek dan pembuka nat... 1) untuk check pressure tayar.. 2) untuk check bunga tayar (alternatif buleh pakai duit syiling 20 sen ja)... 3) Tyre air compressor.. kot-kot la tayar pancit.. however, semua nie alternatif jaa.. kalau takdak pun takpa.. cuma kena rajin2 pi stesen minyak untuk isi angin... Tools ni boleh la carik kat supermarket atau beli online ja.. KLIK 1, KLIK 2, KLIK 3


Selain itu, kena jadualkan juga untuk buat balancing dan allignment tayar... Kadang-kadang kalau kita tengah speeding, kita akan rasa stereng kereta bergegar... So, balancing tayar buleh stabilkan tayar... kalau stereng asyik corner ke kiri atau ke kanan semasa pemanduan jalan lurus, cuba-cubalah buat allignment tayar... Maklumlah, faktor ni boleh jadi bila terlanggar lubang, bumper dll... Lagi baik kalau kita minta kedai untuk rotatekan tayar kereta kita... kaedah ni dapat bantu lanjutkan usia tayar dan pastikan bunga tayar sentiasa seimbang rata.. Buleh cuba cara berikut:


Kalau lah nak dijadikan cerita tiba-tiba kereta kita pancit.. Kalau di highway, buleh la minta geng plusline mai tolong... kalau kat jalan kampung, tepi hutan, ladang tebu, haa... camana? Bagi yang belum pernah tukar tayar, buleh la try kaedah berikut... apapun, make sure "Safety First"... Sebab tu jangan lupa letak angin kat spare tayar... Dan lebih penting, jangan lupa bawak spare tayar pulak...


Wednesday 13 June 2012

Alkisah Percutian ke Bandung - Tangkuban Parahu

Saya dan keluarga berkesempatan ke Bandung sempena cuti sekolah baru-baru ini... Kelam kabut la jugak sebab last minute punya plan... Dengan nak buat pasport, nak apply cuti, pastu nak travel balik kampung lagi sebab depart from penang.. Kira kalut la..


Berangkat dari LTA Penang ke Bandara Husein Sastranegara Bandung dengan tagline airasia indonesia "Now everyone can fly" mengambil masa sekitar 2 jam 20 menet... Sesampainya di Bandung, kami dijemput dan diiringi tourist guide Pak Purnomo dan supir Pak Budi menuju ke tempat penginapan "Bilique Hotel"... Memandangkan kami sampai sekitar jam 10 malam, so, program kami bermula pada keesokkan harinya...


Melawat ke Tangkuban Parahu menjadi program pertama kami di Bandung... Perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa sekitar 1 jam...  Tangkuban parahu bermaksud kapal yang terbalik... daripada jauh, bentuk gunung tersebut nampak seakan-akan sebuah kapal yang terbalik.. Gunung berapi ni dah tak aktif dah... Tinggi sekitar 2000 meter.. Kalau dilihat daripada atas, akan nampaklah bentuk kawah gunung yang besar..

 

Mengikut mitos orang sunda, gunung tangkuban parahu ini asalnya daripada legenda sangkuriang... Sangkuriang di minta untuk menyiapkan sebuah kapal dalam tempoh semalam sebagai syarat untuk berkahwin. Akibat gagal, sangkuriang dengan marahnya menendang kapal tersebut hingga terbalik.. Kira kuat la dia nie.. Hasilnya, terjadilah Gunung Tangkuban Parahu tue... Di tangkuban parahu nie, kena la berhati-hati sikit.. bukan apa, sebaik saja kita jejak kaki kat sini, akan ramailah penjual yang akan mengerumun dan mengikut sambil memujuk kita membeli barang-barang jualan mereka.. antaranya, keychain, tasbih, fridge magnet, pen, angklung dll... barang2 tu memang menarik cuma masalahnya harga amatlah melampau mahal... 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding kalau dibeli di pasar baru bandung... so, kalau nak beli jugak, kenalah tawar menawar serendah yang mungkin... Ni gambar yang sempat kami sefamili snap semasa di tangkuban parahu...


Sunday 3 June 2012

Google Map - Masjid-masjid utama di Malaysia

Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Saturday 2 June 2012

Layout Bilik Pensyarah FKM Tingkat 5



Kenalan, Kawan, Teman dan Sahabat

Jom lihat disekeliling kita, punya la banyak-banyak manusia, berapa ramaikah yang kita istilahkan sebagai kenalan, kawan, teman dan sahabat... Zaman sekarang senang ja nak mencari kenalan... Dah ada blog, twitter, friendster dan paling popular facebook... Just add dan tunggu accepted... then dah jadi "KENALAN"... senang sangat kan... So, setakat kenalan tu takdak la apa-apa makna sangat.. belum tentu kita betul-betul kenal sapa kenalan kita tu... Kadang-kadang sekadar tau nama dan muka.. Tu pun belum tentu nama dan gambar muka tu real@sebenar... Boleh jadi fake.. maklumlah dunia tanpa sempadan... macam macam boleh berlaku...