Wednesday 27 February 2013

Mini Steam Car Race & Poster Presentation




Program dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTeM dengan kerjasama Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa). Lima buah kereta berasaskan enjin wap telah berjaya dihasilkan oleh pelajar-pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Kimia DMCU 1233 yang dibimbing oleh pensyarah kimia FKM iaitu Dr. Nona Merry, En. Mohd Haizal dan saya. Juri-juri terdiri daripada Dr. Muhammad Zahir (Jabatan Automotif) dan En. Mohd Nazim (Jabatan Rekabentuk dan Inovasi). Pemarkahan dibahagikan kepada tiga kategori: (1) Poster, 5%, (2) Rekabentuk Produk, 5% dan (3) Perlumbaan, 5%. Best Poster di menangi oleh Kumpulan 3 manakala Best Product Design dimenangi oleh kumpulan 2. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Gerak Inovasi Malaysia, Dr Muhammad Zahir Hassan. Tahniah untuk semua peserta.


4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Encik Imran,
Walaupun kereta tak bergerak, tapi kitaorg dapat experience, experience buat kerja last last minute, experience pikiaq nak reka cam mana... Thank youuu ;)

-Nabila Zaid-

imransyakir said...

Wsalam Nabila,

Ni namanya "Hands-On" atau Learning by Doing.. Salah satu kaedah pembelajaran yang enjoy but efektif. Hopefully semua students dapat belajar dari experience projek nie.. :)

Anonymous said...

walau semuanya bersengkang mata semata-mata projek ini sahaja dan sanggup berkorban tenaga dan kewangan, namun kerjasama ahli kumpulan menjadikan penat lelah itu terbalas. terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami, Dr.Nona Merry, En.Haizal da En.Imran.

imransyakir said...

terima kasih juga buat semua student saya yang sama-sama menjayakan program nih.. korang memang terbaik...