Sunday, 22 June 2014

Travelog Umrah: Keperluan Dokumen Visa Umrah



Ingin saya kongsikan serba sedikit berkenaan keperluan penyediaan dokumen visa umrah ke tanah suci. Seelok-eloknya persediaan ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh berangkat memandangkan sekarang agak sukar untuk mendapatkan kelulusan visa daripada kerajaan Arab Saudi. Antara keperluan tersebut:
  1. Paspot antarabangsa. Tempoh sah laku mesti melebihi 6 bulan pada tarikh berangkat ke tanah suci. 
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Sijil suntikan meningitis. Suntikan juga boleh dilakukan dimana-mana klinik swasta dengan bayaran sekitar RM80-RM150.
  4. Salinan sijil nikah. Khas untuk jemaah wanita yang bermahramkan suami. Disahkan Jabatan Agama Daerah masing-masing & Wisma Putra Putrajaya.
  5. Salinan surat beranak. Khas untuk jemaah wanita bawah 45 tahun/lelaki bawah 18 tahun yang bermahramkan bapa@adik beradik lelaki 18 tahun keatas. 
  6. Surat akuan@Letter of consent. Disertakan bersama  salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak mahram. Surat akuan mesti disahkan/dicop dihadapan pesuruhjaya sumpah. 
  7. Salinan dokumen surat beranak jemaah dan mahram mesti diakui sah oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra Putrajaya.
  8. 4 keping gambar paspot. Spesifikasi seperti didalam gambar dibawah. Jemaah lelaki tidak memakai songkok dan jemaah wanita bertudung gelap.

contoh gambar visa umrah dan spesifikasi


*Catatan ini berdasarkan pengalaman saya dan mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan.


No comments: