Sunday, 13 July 2014

Travelog Umrah: Madinah Al-Munawwarah

Agensi Umrah Tiram Travel Sdn Bhd menjadi pilihan kami sekeluarga. Dibimbing oleh Mutawwif Haji Mohd Aji Bujal. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah menaiki AirAsia X mengambil masa sekitar 8 jam 30 minit. Dari Jeddah pula kami terus menaiki bas ke Kota Madinah yang mengambil masa kira-kira 5 jam. Sampai di Madinah jam 2.30 pagi, kami check in di Hotel Mawaddah Al Noor sebelum bergerak Masjid Nabawi untuk solat Subuh.


Masjid Nabawi memang sangat unik dan cantik. Sejarahnya bermula bila Rasulullah SAW membina masjid ini pada tahun pertama Hijrah 662M. Masjid ini telah mengalami beberapa kali proses pembesaran sehinggalah sekarang. Bersolat di Masjid Nabawi diberi ganjaran yang cukup besar iaitu ganjaran 1000 kali ganda dari lain-lain masjid kecuali Masjid Al-Haram. Di masjid inilah terdapat makam Rasulullah SAW dan lokasi taman syurga aka Al-Raudhah. Disunatkan untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan mengerjakan ibadat di Raudhah sebanyak mungkin.



Pergerakan dari Hotel ke Masjid Nabawi cuma sekitar 5-10 minit. Cuaca disini memang panas dan kering, jadi kalau dahaga, air zam-zam banyak disediakan di dalam masjid. Kat luar masjid pun disediakan air minuman sejuk. Kemudahan wudhu' dan toilet pun sangat selesa. Di sekeliling masjid pula terdapat banyak pusat-pusat perniagaan. Nak shopping untuk sedara-sedara di Malaysia pun senang. Kot-kot la nak beli jubah, sejadah, minyak wangi, souvenir dll. Kalau nak beli kurma, disarankan ke Pasar Kurma yang letaknya satu km dari masjid. Banyak pilihan dan harga yang murah serta berpatutan. Lokasi perniagaan feveret saya di sebelah hotel ja. Kedai kecik ja tapi donut dan jus buah dia "perghh", memang sangat sedap.



2 comments: