Friday, 19 August 2016

Anugerah Hijau Melaka 2016 - UTeM Johan Kategori IPT

 
 
 
Pertandingan Anugerah Hijau Negeri Melaka 2016 (AHNM 2016) dianjurkan oleh kerajaan Negeri Melaka bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat/agensi yang telah mengambil inisiatif melaksanakan amalan hijau di premis masing-masing. AHNM 2016 telah dilancarkan pada 2 Mac 2016 dan sebanyak sepuluh (10) kategori yang dipertandingkan. UTeM telah menyertai kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sebanyak enam (6) buah universiti awam dan swasta Negeri Melaka telah bertanding.

UTeM telah dinobat sebagai Pemenang Tempat Pertama Anugerah Hijau Negeri Melaka 2016 dengan membawa pulang Sijil Pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Melaka berserta Plak/Trofi. Penyertaan kali pertama ini telah membuktikan bahawa UTeM sangat komited dalam usaha ke arah melestarikan amalan hijau di Universiti.
 

UTeM sedang mengorak langkah dalam melaksanakan kluster pengurusan hijau yang inovatif dan mampan ke arah menjadikan Universiti sebagai Kampus Hijau. Antaranya termasuklah Pengurusan Tenaga, Pengurusan Air dan Pengurusan Sisa Pepejal yang mampu mengurangkan pembebasan CO2 seterusnya menjamin pengekalan alam sekitar yang sihat.

Melalui sistem pengurusan yang mampan dan sokongan padu dari semua warganya; UTeM telah bersedia mendepani cabaran untuk menjadi tauladan terbaik bagi membantu Melaka menjadi bandar teknologi hijau terunggul di dunia. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua warga UTeM atas usaha ini dalam merealisasikan UTeM sebagai Kampus Hijau yang lestari.
 
 
 


Sama-sama mencari jalan,
Sama-sama memerah otak;
Erat mesra berganding tangan,
Saudara seUTeM menari serentak.

Lestari alam cuaca pun redup,
Amalan hijau amalan sejati;
Elok basa kan bekal hidup,
Elok budi bekal mati.

 

 
Tahniah buat semua warga UTeM!
 
Facebook PKA: www.facebook.com/pkautem
Website PKA: www.utem.edu.my/pka
 
 

No comments: