Thursday 30 October 2008

Aktiviti dulu-dulu

Masa kat UTM dr tahun 1994-2001, banyak aktiviti luar yang saya join bersama member-member. Terutamanya setelah saya menyertai Kelab Pencinta Alam UTM aka KEPENA. Asal ada saja aktiviti mesti saya akan involve. Menariknya, KEPENA tidak terhad untuk 1 fakulti sahaja, so ramailah member-member dr seantero UTM yang menjadi ahli dan rakan.
 

Friday 17 October 2008

Mychevyclub Malaysia

Semenjak saya menyertai group Mychevyclub Malaysia, banyak juga aktiviti yang dijalankan membabitkan pemilik-pemilik kenderaan Chevrolet ini. Ada juga yang saya sempat turut serta antaranya seperti weekly TT, Technical Talk, Konvoi Amal dan lain-lain. Chevrolet mungkin jenama yang kurang diminati di Malaysia namun kehadiran model-model seperti Captiva, Nabira, Optra dan Aveo boleh dikatakan cukup memuaskan kebanyakan peminat setianya.

 
 

Thursday 16 October 2008

Gathering Ex-SMTSP 1989-93

3 Oktober 2008. Gathering Ex-SMTSP 1989-1993 diadakan di Kuala Perlis. 15 tahun berlalu semenjak masing-masing meninggalkan sekolah menuju hala tuju dan cita-cita... akhirnya atas motto TEKUN USAHA JAYA serta inisiatif rakan-rakan yang sentiasa komited untuk menemukan semula mereka-mereka yang sekian lama tak bersemuka... Gathering berjaya diadakan dengan jayanya... Malamnya pula, aktiviti riadah diadakan... main badminton... mewakili rumah sukan masing-masing.. Marikh, Musytari, Zuhrah dan Zuhal.. Yang pasti, masih hebat lagi skill dan tenaga walaupun umur dah mencecah 32 tahun... (Photo taken by Affacino aka Affarizairul)

          

Wednesday 15 October 2008

Novel Terbaru Laila Kamilia

Petikan dr blog Laila Kamilia
Tunggu di pasaran dalam masa terdekat... Cerita pasal apa pula kali ini ye? Ini sinopsisnya... 


"BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan.
Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya! Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?"

Antara novel-novel karya Laila Kamilia:

    

Haslina Kamaluddin aka Laila Kamilia adalah rakan saya dan juga isteri kepada rakan karib saya Tuan Aedy Fadly Ramli...