Monday 20 December 2010

Program Misi Kasih - anjuran KESURI


Program Misi Kasih ini adalah inisiatif Puan Anita Akmar serta rakan-rakan FKM dan dianjurkan oleh Kesuri dengan kerjasama MYDIN dan Sekolah Demang Husin. Kira-kira 90 pelajar dari darjah 2 hingga 6, yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah dipilih menyertai program ini. Pelajar ini dibawa membeli barangan keperluan sekolah seperti kasut dan baju seragam sekolah di Mydin Ayer Keroh dengan diiringi cikgu-cikgu Sek Demang Husin dan staf-staf FKM. Jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang prihatin dan baik hati bagi menjayakan program ini melalui sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit. Semoga Allah membalas budi baik anda semua. Amin.

  

Aktiviti - November dan Disember 2010

Aktiviti: Bengkel Journal of Mechanical Engineering and Technology
Venue: Ancasa Hotel
Aktiviti: Sambutan 10 tahun UTeM
Venue: Kompleks Sukan, UTeM


Aktiviti: Kursus Application of CAE
Venue: Makmal SLBK 3, Fasa B
Aktiviti: Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) - AKRAB
Venue: Mahkota Hotel, Melaka

Cuti-cuti Sabah - Day Finale

Sedar tak sedar, dah sampai hari terakhir kami kat bumi Sabah ni. Pagi, Yunus bawak kami bershopping di Gaya Market. Macam-macam ada kat sini. Barang souvenir, mutiara, keperluan rumah, kucing parsi, rabbit anggora dan ular sawa.. Then, kami bergerak ke Perkampungan Budaya Monsopiad. Idea zaidi la yang beria-ia sangat nak pi.. katanya monsopiad nie masuk dalam buku sejarah.. Abih puas pusing di Kampung Monsopiad, kami bergerak ke kampung air di Tanjung Aru. Dan sebelum flight balik jam 6.00, kami lunch dan dinner di Restoren Ikhwan pekena steamboat. 4 hari 3 malam kami di KK.. Memang pengalaman yang sangat best dan akan lekat di hati sampai bila-bila.. Bak kata azmai, " bercuti dengan family, best.. bercuti dengan family & kawan-kawan baik, super best".. thanks Yunus sebab melayan kami selama kami di bumi Sabah. Selagi hayat dikandung badan, budi baik dikenang jua. 

Sunday 19 December 2010

Cuti-cuti Sabah - Day 3

Hari ketiga, percutian di Sabah diteruskan. Seawal, 7.30 pagi, kami mula bergerak menuju ke Kundasang. Hajat di hati nak ke kaki Gunung tertinggi di Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam. Sepanjang perjalanan kami berhenti di Jambatan Tamparuli yang popular dengan lagunya dan juga di Pekan Nabalu. Dikaki Gunung Kinabalu, kami berlegar hampir sejam sebelum meneruskan perjalanan ke Ranau.


Di Ranau, kami singgah di pusat penempatan ikan kelah Sungai Tagal serta di Ladang Teh Sabah sambil minum-minum teh dan menikmati permandangan Gunung Kinabalu. Then, perjalanan diteruskan ke kolam air panas Poring. Jam 6.30 petang, kami bergerak pulang ke KK. Di KK, kami berhenti makan ikan bakar di Pasar Filipina sambil ambil kesempatan untuk bershopping.

Wednesday 8 December 2010

Cuti-cuti Sabah - Day 2

Hari kedua di KK, kami plan untuk jelajah pulau-pulau disekitar sabah. Bermodalkan RM35 seorang, kami menaiki bot laju ke pulau Mamutik, pulau Manukan dan pulau Sapi. Cantik sangat.. Memang terbaik...