Thursday 24 March 2011

Aktiviti dulu-dulu bersama student KUTKM

Bila kenang-kenang balik... dah lama rupanya saya tak organize aktiviti bersama pelajar-pelajar saya... last rasanya tahun 2005... dulu buleh dikatakan setiap semester saya akan buat dua program lawatan pelajar ke industri @ tempat-tempat akademik... mmm.. nampak gayanya nak kena start balik kot.. kadang-kadang kalau nak harapkan student sendiri yang organize susah jugak... sebab utamanya, depa sendiri tak familiar camana nak buat aktiviti-aktiviti nie.. last-last tak buat... rugi sebenarnya kalau tak buat aktiviti masa jadik student ni... bila dah keja, dah teramat susah nak luangkan masa untuk aktiviti luaran.. Apa tak bestnya buat program lawatan nie.. dah la buleh jalan-jalan tempat orang... naik bas pun free jaa... Bas universiti mesti la free kan... then, dapat elaun makan plak tu.. kalau tak silap saya RM15 seorang.. mm.. nak apa lagi... yang payahnya, cuma nak carik orang yang rajin nak organize jaa.. hehe..

Belek-belek album lama, terjumpa plak beberapa keping gambaq aktiviti dibuat dulu-dulu... teringat plak, masa tahun 2002, kamera digital baru ja nak popular... kat fakulti saya ada dua buah, jenama sony, dan kena masukkan disket ke dalam kamera.. maklumlah, time tu mana ada memory card, SDcard, microSD apatah lagi.. even thumbdrive yang saiznya cuma 128M pun harganya mencecah RM300.. Kualiti gambaq tak payah cerita la.. janji keluar gambaq sudah.. hehe.. Ni contoh gambaq yang diambil guna kamera digital sony tu.. dua program lawatan untuk pelajar FKP.... 

Ornasteel Sdn Bhd...


Pusat Sains Negara + Putrajaya... 


Tahun 2004, kamera pun dah upgrade sikit dah.. saya beli kamera KODAK Easyshare 3.0 Mp.. Harga masa tu RM1100.. yang bestnya, sampai sekarang ni saya masih guna kamera yang sama... nak buat camana.. tak rosak-rosak.. masih elok, gambar pun terang dan cantik lagi... hasilnya...

Proton Berhad student FKM..


Petrosains, KLCC


So, macamana next semester... nak buat ke tak nak nie.. kertas kerja program masih saya simpan.. kalau nak buat rasanya takdak masalah kot.. insyaallah, kalau ada kelapangan masa.. jom.. lawat-lawat tempat orang.. carik idea dan pengalaman...

No comments: