Wednesday 27 February 2013

Mini Steam Car Race & Poster Presentation




Program dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTeM dengan kerjasama Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa). Lima buah kereta berasaskan enjin wap telah berjaya dihasilkan oleh pelajar-pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Kimia DMCU 1233 yang dibimbing oleh pensyarah kimia FKM iaitu Dr. Nona Merry, En. Mohd Haizal dan saya. Juri-juri terdiri daripada Dr. Muhammad Zahir (Jabatan Automotif) dan En. Mohd Nazim (Jabatan Rekabentuk dan Inovasi). Pemarkahan dibahagikan kepada tiga kategori: (1) Poster, 5%, (2) Rekabentuk Produk, 5% dan (3) Perlumbaan, 5%. Best Poster di menangi oleh Kumpulan 3 manakala Best Product Design dimenangi oleh kumpulan 2. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Gerak Inovasi Malaysia, Dr Muhammad Zahir Hassan. Tahniah untuk semua peserta.


Tuesday 26 February 2013

Promo: Pak Lee Cendoi, Port Klang

Cendoi.. spesies makanan/minuman berasaskan santan, gula melaka, jeli hijau dan ais. Nak tambah special lagi, boleh add in kacang merah, pulut, jagung, ais krim, buah laici dll.. Rasanya memang best, lazat, sedap. Semalam saya dan sahabat saya sempat pekena cendoi di restoren milik keluarganya. Wah, dasat la tengok suasana restoren yang cukup selesa yang lokasinya cukup strategik di Giant Port Klang. So, saya order cendoi special + Nasik Ayam Berempah, sahabat saya pula pekena pasemboq hasil resepi ibunya turun temurun. Masa mula-mula menu2 nie sampai, perghh, memang menarik dan bila makan pula, sahlah, memang sedap.. tambah2 pula saya nie memang kaki makan.. kalau tak takkan la boleh sampai ke Port Klang semata-mata nak pekena cendoi kan.. haha... Tu diaa, tengok gambaq yang saya snap pakai handphone saya.. yang syoknya, saya dah start makan dulu sebahagiannya, baru la nak kelam kabut nak ambik gambaq.. Jom, sapa-sapa yang nak try boleh la pi pekena cendoi dan banyak lagi menu2 lain kat Pak Lee Cendoi, Port Klang.

 


Sunday 24 February 2013

Friday 22 February 2013

Speed Test Celcom PortaWifi

Hari ini secara rasminya saya mengambil pakej internet celcom buat kali ketiga. The first one, masa duduk kat damansara tahun 2007 (masa tu kena beli modem dekat RM200 jugak). So, untuk wifikan modem tu saya beli 3G router jenis TPLINK. Terkini, saya beli powerbank 3G wifi jenis HAME. HAME ni boleh function as powerbank dan jugak 3G portable wifi router. 

             

Baru-baru ni on the way saya balik kampung, berjumpalah dengan exhousematte saya Rozaidi yang juga owner kedai celcom kat RNR Gurun. Ding dong ding dong terbuka cerita pasal pakej baru celcom. So, saya rasa macam nak try guna celcom portawifi plak. Tertarik bukan sebab modem tu siap sekali boleh wifi tapi sebab speed modemnya yang agak tinggi berbanding modem lama saya.


Pakej pun menarik jugak if saya trade in modem lama saya akan dapat rebate RM18 sebulan. Bermakna dengan pakej basic saya cuma perlu bayar RM50 sebulan.. Kira ok la tu.. Lagipun masa saya banyak di opis, sesekali ja nak pakai internet kat rumah. Dengan kuota 4GB sebulan, dah lebih dari cukup bagi saya.


Memandangkan saya nie orang yang very particular.. saya tak puaih hati setakat sembang-sembang kata modem portawifi tu lebih laju dari modem lama saya.. Mesti ada bukti dan fakta.. So, saya pun test la internet speed menggunakan kedua-dua modem tersebut. Parameter tetap, simcard sama, waktu yang sama, tempat test yang sama. First guna modem lama Huawei E1552. Hasil test:


Then, saya guna modem Portawifi pulak.. yang nie pun jenis Huawei jugak cuma model lebih baru.. Hasilnya:


Perghh.. nampak beza kan.. speed download almost 10 kali ganda... Cuma saya tak test la download movie ka or apa2 ka.. cukup la kot sekadar test kat speedometer celcom ni. Yang penting, saya bukan nak promote celcom. Even saya tetap kena bayar jugak bil bulan bulan.. Cuma kat sini, at least saya nak bagitau bila member saya kata modem baru Portawifi ni lebih laju, maka melalui test yang saya buat, terbuktilah.. bukan omong-omong kosong.. kosong... kosong.. Harapnya, info nie boleh dikongsi.. FYI, testing nie pun bukanlah accurate sangat, just nak hilangkan rasa curios saya ja.. :)


Thursday 7 February 2013

Explorasi Diri bersama Abang Fadzrul


"Kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan diri sendiri,
dengan itu kita akan lebih mudah mencari kejayaan dan keredhaan ilahi."

 

Frenzly Match - Staff vs Student

 
Kalah menang bukan ukuran,
Paling penting semangat setiakawan.
"FKM Terbaik"
 
 

Wednesday 6 February 2013

Majlis Penghargaan ICeI2012 dan FV2012


 

[More Photos]

6.2.2013 Kampus Industri, UTeM
_________________________________
Many thanks to

Sunday 3 February 2013

Majlis Tazkirah - Kelebihan Jumaat


Ustaz Aswanzie Abbyd, Pusat Islam UTeM

Intipati Tazkirah

Hari jumaat adalah hari yang paling baik untuk berdoa. Waktu yang paling baik untuk berdoa ialah:
  1. Di antara 2 khutbah. Apa yang banyak diamalkan oleh kebanyakkan bilal ialah salawat dan bukannya doa yang perlu diaminkan oleh makmum. Setiap makmum boleh membaca doa sendiri, membacanya dalam bahasa yang difahami maksudnya dan doa harus ikhlas dari lubuk hati yang dalam.
  2. Di antara azan pertama hingga sebelum imam membaca khutbah.
  3. Waktu asar sehingga maghrib
  4. Selesai solat jumaat sehingga sebelum waktu asar.
[KLIK] untuk selanjutnya
 

 

Friday 1 February 2013