Sunday 20 April 2014

Promo: Cinta Top Secret


Novel karya Cikgu Haslina aka Laila Kamilia. Boleh dapatkannya mulai 24 April 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau pesan terus daripada Laila Kamilia untuk dapat autograf dan hadiah misteri yang belum dapat didedahkan kerana masih dalam kategori TOP SECRET.

...

London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.

Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi.