Tuesday, 30 November 2010

Cuti- cuti Sabah - Day 1 - Part 1

Program cuti-cuti sabah nie telah dirancang sejak tahun 1999 selepas kami graduated dari UTM. Punya la lama merancang, akhirnya hasil rancangan singkat dua minggu lepas, kami bertekad untuk bercuti bersama ke sabah.

1) Zaidi, Ida, Hakimi dan Amsyar
2) Azmai, Azimah, Amier dan Azim
3) Saya
4) Yunus (tuan rumah)

24 hb nov 2010
Kami berkumpul dan bermalam di rumah azmai n azimah di Nilai.

25 hb nov 2010
Seawal 6:15 am, teksi telah menunggu untuk ke LCCT. Flight Airasia bertolak jam 8:00 am dan tiba jam 10:30 am. Di airport KK, yunus dah siap tunggu dengan kakak dia, menyambut kami serta minyak gamat langkawi yang diorder dari Zaidi.


Then, kami ke rumah yunus di Taman Oriental, KK untuk berjumpa famili yunus serta menyimpan luggage. Kemudian lunch di chinese restaurant yang ditaja oleh yunus. tq yunus. 


Jam 3.00 pm, selepas makan besaq. kami bergerak ke Marina Court KK untuk check in. Memang tempat cukup best dan cukup puas hati. 3 bilik, 5 star dan paling best... menghadap laut... perghh...

No comments: