Wednesday, 28 March 2012

Kongsi Ilmu: Spiritual NLP oleh Dr Azhar Sarip

Dalam entri lepas, saya ada mempromosi buku karya Dr Azhar Sarip iaitu pengasas Spiritual NLP. Apa yang menarik sebenarnya tentang Spiritual NLP nie.. Peluang mengikuti bengkel tiga hari dua malam di Ancasa Allsuites Resort, Port Dickson last week betul-betul memberikan saya satu pengalaman dan pengetahuan baru berkenaan model Spiritual NLP nie.. 


Melihat ketenangan dari riak muka dan tutur bahasa Dr Azhar sudah memberi gambaran betapa bengkel ini memang "lain dari yang lain".
Bila memperkatakan dengan spiritual, Dr Azhar memperkenalkan model NLP yang dipraktikkan berlandaskan rasa cinta pada tuhan. Meletakkan hati dan akal dengan berserah dan memohon sepenuhnya pada tuhan pada setiap saat tidak kira semasa senang atau susah... Asas ini sebenarnya mungkin telah kita praktikkan secara kita tidak sedar. Contohnya, ketika kita dalam kesusahan atau sakit, secara automatik kita akan memohon bantuan tuhan supaya memudahkan dan menyembuhkan kita... Senang cakap, masa time "susah" kita akan berdoa sepenuh hati... Tapi, bila dalam keadaan sihat atau senang, secara automatiknya juga kita akan terlupa bahawa ketika itu tuhan sedang memberikan kita satu nikmat... Senang cakap, masa time "senang" kita lupa pada tuhan.. 


Spiritual NLP nie adalah satu sistem atau model yang diperkenalkan oleh Dr Azhar untuk kita mencari dan mendekatkan diri kita dengan tuhan... Kaedahnya macam mudah tetapi memerlukan penghayatan yang tinggi... Sematkan dalam hati dengan memohon Allah permudahkan setiap perkara yang akan kita buat dan memaafkan perbuatan kita yang lepas-lepas... Seolah-olah kita sedang bercakap dengan tuhan dan mengharapkan pertolonganNya. Kaedah ini dipanggil DA DA (bermaksud Dia yang Awal Dia yang Akhir). Kaedah ini dilihat dapat membantu diri kita membuang cas-cas negatif dan menjadikan diri kita lebih berkeyakinan. 

Bagaimana nak bagi mudahkan berkomunikasi dengan tuhan. Saya pinjam kata-kata Dr Azhar; 

"Kita mungkin membaca doa, tapi kita tidak berdoa.
Berdoa melibatkan komunikasi dengan tuhan. Membaca doa lebih kepada hafalan."


Komunikasi melibatkan tiga bentuk bahasa. Pertama: Bahasa Visual, Kedua: Bahasa Auditori dan Ketiga: Bahasa Kinestetik (sentuhan). Menguasai ketiga-tiga bentuk bahasa ini akan memudahkan kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar dalam diri kita. Analoginya seperti orang hangat bercinta. Semuanya indah belaka. Ini kerana ketika saat itu, kita sentiasa berfikiran positif. Malah kalau ada yang negatif sekalipun, kita akan buang fikiran itu jauh-jauh. 

GF: "Sorry lah, saya lewat sikit sampai"
BF: "Eh! takpe. Lewat 2 jam je. Saya tau mesti traffic jam tadi kan"

Agak-agak la, selepas dah berkenalan setahun macam mana plak jawapannya... Begitulah juga jika kita bayangkan keadaan yang sama bila kita berkomunikasi dengan tuhan.. So, sentiasalah "POSITIF". Dan sentiasalah mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan tuhan. "Allah tidak pernah menyusahkan, malah maha menyenangkan."

ps: Semoga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu. Andai ada kekurangan atau kesilapan, saya mohon maaf  akan kekurangan ilmu ini. Anda juga boleh menghubungi Dr Azhar dialamat emel beliau. dr_muhdazh@yahoo.com.

No comments: