Sekali lagi Team InoMa dijemput untuk turut serta memeriahkan Bulan Sains dan Matematik. Kali ini bertempat di Sekolah Tinggi Melaka (Malacca High School). Apa yang menarik, sekolah ini adalah sekolah kedua tertua di Malaysia selepas Penang Free School. Majlis perasmian disempurnakan oleh CEO R&DCIC Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah. Alhamdulillah, pameran kali ini dihadiri oleh semua jawatankuasa InoMa, penyelidik dari UTeM dan Politeknik Merlimau, Jabatan Kimia serta pempamer jemputan. Turut hadir, Timbalan Presiden InoMa, Dr Zahir Hassan. Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini. Juga jutaan terima kasih buat pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar Malacca High School diatas layanan dan jemputan istimewa ini.
No comments:
Post a Comment