Friday, 18 May 2012

Jangka Hayat Purata - Satu Kajian



Kajian jangka hayat manusia mengikut CIA World Factbook 2009, menunjukkan purata hayat manusia adalah sekitar 66.5 tahun. Bagi seorang lelaki, jangka hayat purata adalah 64.5 tahun, manakala bagi wanita pula sekitar 68.8 tahun... mmm... pasai apa agaknya purata hayat lelaki lagi pendek nihh..

Merujuk kepada kajian United Nations tahun 2005-2010, rakyat Jepun duduk ranking paling tinggi dengan purata 82.6 tahun, diikuti Hongkong dan Switzerland... Agak-agak kat mana ranking rakyat Malaysia... Rakyat kita diranking 65... purata hayat dalam 74.2 tahun (lelaki: 72 tahun dan wanita 76.7 tahun).. Ranking negara-negara jiran pulak, Singapore (7), Brunei (43), Vietnam (sama dengan M'sia), Filipina (100), Indonesia (110) dan Thailand (111)... Ranking terendah pula jatuh kepada negara-negara di Afrika misalnya Mozambique (194) dengan purata hayat rakyatnya 39.2 tahun... 

Bagi tahun 2011 pula, ranking Malaysia merudum jatuh... Hasil kajian CIA World Factbook, Malaysia di tempat ke 108.. Apa pasai.. apa pasaii... 




[Check Rujukan Ranking Negara-Negara] 

Bagi binatang camana pulak... haa, cuba rujuk diagram kat bawah nie.. sapa-sapa yang suka bela pets, cuba tengok jangka hayat kucing... mmm... sekitar 15-20 tahun... lebih kurang sama ja dengan ranking ayam.. cuma ayam selalu jadi mangsa kena semelih terutamanya time-time nak buat rendang raya... Bagi yang nak carik pets yang hayat lama sikit, mungkin boleh la berjinak2 membela badak sumbu atau gajah... Ikan paus pun ok, jangka hayat hampir 70 tahun... cuma susah la nak carik saiz akuarium dan stok makanan... Paling senang buleh try bela kura-kura.. Jangka hayat paling lama dekat-dekat 150 tahun.. buleh masuk 2 atau 3 generasi dari time kita sampai la ke anak ke cucu cicit... puas hatiiiiiii... 


Taktau la nak kata boleh percaya ka tak.. Ni semua kajian saja... jangka hayat nie bukan kuasa manusia... Semuanya kuasa Allah... Kalau Allah nak ubah bila-bila masa pun boleh ubah...  Cuma sekadar perkongsian.. Cheq chiow dulu no..

No comments: