Thursday, 31 May 2012

UTeM AutoShow 2012

Pernah tengok cerita Three Idiots? Lakonan mantap Aamir Khan dan rakan2 mengisahkan perjalanan hidup pelajar kejuruteraan dalam mengharungi liku kehidupan.. Bagi saya, this is "One of the Best Indian Movie Ever"... Pelajar dalam bidang kejuruteraan "MESTI TENGOK" dan dijadikan satu pengajaran dan motivasi semangat... Okay, mengambil kisah cerita ini juga, pelajar-pelajar tahun 3BMCA dibawah kelolaan DR VIRUS Zahir Hassan, telah menjayakan program UTeM Autoshow 2012 pada 30 Mei 2012.. Tarikh yang sama dengan ulangtahun kelahiran ke-63 ibu tercinta saya SOFIAH TALIB... Selamat Hari Jadi Mak.. Dalam penganjuran ini, Lima kenderaan mesra alam telah berjaya dihasilkan yang dinamakan Harimau Biru, Mighty Bear, Flying Duck, Persian Cat dan Seri Melaka... Semuanya berkonsepkan Inovasi Hijau... Malah, salah satu kenderaan iaitu "Persian Cat" hanya menggunakan handdrill sebagai tenaga bergerak.. Hebat dan Tahniah... Anda memang Terbaik!!!




Program anjuran FKM dan FTK UTeM ini mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa), FAMESA dan ZRT Invention... Perasmian disempurnakan oleh CEO R&DCIC Melaka, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah. Selain pameran, satu pertandingan Amphibious Electric Vehicle (AEV) turut diadakan melibatkan pelajar-pelajar FKM dan FTK... AEV ini adalah sejenis kenderaan yang mampu bergerak di darat dan di air.. Paling best, bila melibatkan pertembungan dua fakulti berbeza, FKM vs FTK.. Peserta dengan penuh semangat menunjukkan kehandalan kenderaan AEV dan paling penting memartabatkan maruah fakulti masing-masing.. Fuhh!!! sapa menang? Itu tak penting.. Yang penting, wajib berusaha sehingga memberikan hasil serta menjadikan pengalaman sebagai sumber pembelajaran... Semoga usaha murni ini akan menggalakkan budaya inovasi dan memupuk minat pelajar serta orang ramai terhadap apa yang dinamakan "KeJuRuTeRaaN"...


No comments: