Tayar adalah salah satu bahagian yang penting yang saya akan check terutamanya sebelum "jalan jauh" biasanya time balik kampung... Saya akan pastikan bunga tayar ok, tekanan tayar ok, takdak crack dan gelembung dan sekali setiap 4-5 bulan saya akan ke kedai untuk balancing dan allignment tayar kereta saya... Saya pernah ikut serta dalam satu talk anjuran Chevrolet Bangi dengan kerjasama Hankook Tyre sekitar tahun 2007... satu ilmu yang cukup berguna buat saya... Maklumlah, sebelum tu pakai main beli ja tayar dan tersangat bergantung kepada maklumat tokey kedai tayar jaa... Now, at least, bila ke kedai tayar tu, tau la jugak tentang ilmu tayar nie..
Cuba belek-belek kat tayar kereta.. Ada macam-macam tulisan dan nombor kan... Jom kita tengok apa yang dimaksudkan info pada tayar kereta tu... First yang paling clear, jenama tayar la... Michelin, Bridgestone, Toyo, Yokohama, Pirelli, Dunlop, Silverstone, Hankook dll... Ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada kualiti dan saiz tayar... Sekarang, saya guna jenis Hankook Ventus V8 (205 55 16R).. Tak terlalu mahal dan yang penting dari jenis softcompound sebab ia lebih comfort dan senyap... Gambarajah di bawah nie boleh dijadikan rujukan kalau-kalau ada yang nak tahu pasal info tayar... Salah satu info yang penting bila nak beli tayar, ada maklumat di tayar yang menunjukkan bila ianya dibuat... cthnya: 2110 (maksudnya dibuat minggu ke 21 tahun 2010)... so, jgn terkena dengan tokey kedai terbeli tayar lama plak...
Andaikata tayar kita bocor samada terkena paku, skrew atau terlanggar besi ka... Tengok camana kerosakan tayar tu.. ada kawasan yang boleh ditampal... harga tampalan dalam RM5-RM10 ja.. Tapi andaikata kebocoran tu disebelah tepi tayar atau terlalu besar.. so, kena lah tukar tayar yang baru... kalau nak jugak tampal, risiko terlalu besar sebab kawasan tepi tayar tidak ada protector dan berkemungkinan akan pancit lagi.. Lebih teruk kalau tayar tersebut pecah dan meletup...
Andaikata tayar kita bocor samada terkena paku, skrew atau terlanggar besi ka... Tengok camana kerosakan tayar tu.. ada kawasan yang boleh ditampal... harga tampalan dalam RM5-RM10 ja.. Tapi andaikata kebocoran tu disebelah tepi tayar atau terlalu besar.. so, kena lah tukar tayar yang baru... kalau nak jugak tampal, risiko terlalu besar sebab kawasan tepi tayar tidak ada protector dan berkemungkinan akan pancit lagi.. Lebih teruk kalau tayar tersebut pecah dan meletup...
Apa akan jadi kalau kita jarang-jarang check tekanan angin tayar kereta kita.. Kalau tekanan tak normal ia boleh sebabkan penggunaan petrol bertambah, tayar rosak akibat bunga tidak rata, bocor, handling kereta teruk dll. Untuk saya, standard tekanan tayar kereta saya sekitar 32 psi... kalau full load (7 orang dan lebih) saya akan masukkan angin sekitar 36 psi... biasanya kita boleh check tekanan angin yang dicadangkan untuk tayar kereta kita dalam manual kereta atau kadang-kadang maklumat itu ada di bahagian pintu kereta atau ada diletakkan di bahagian pembuka minyak... cuba check tengok...
Ada tools tambahan untuk tayar yang perlu ada dalam kereta selain jek dan pembuka nat... 1) untuk check pressure tayar.. 2) untuk check bunga tayar (alternatif buleh pakai duit syiling 20 sen ja)... 3) Tyre air compressor.. kot-kot la tayar pancit.. however, semua nie alternatif jaa.. kalau takdak pun takpa.. cuma kena rajin2 pi stesen minyak untuk isi angin... Tools ni boleh la carik kat supermarket atau beli online ja.. KLIK 1, KLIK 2, KLIK 3
Selain itu, kena jadualkan juga untuk buat balancing dan allignment tayar... Kadang-kadang kalau kita tengah speeding, kita akan rasa stereng kereta bergegar... So, balancing tayar buleh stabilkan tayar... kalau stereng asyik corner ke kiri atau ke kanan semasa pemanduan jalan lurus, cuba-cubalah buat allignment tayar... Maklumlah, faktor ni boleh jadi bila terlanggar lubang, bumper dll... Lagi baik kalau kita minta kedai untuk rotatekan tayar kereta kita... kaedah ni dapat bantu lanjutkan usia tayar dan pastikan bunga tayar sentiasa seimbang rata.. Buleh cuba cara berikut:
Kalau lah nak dijadikan cerita tiba-tiba kereta kita pancit.. Kalau di highway, buleh la minta geng plusline mai tolong... kalau kat jalan kampung, tepi hutan, ladang tebu, haa... camana? Bagi yang belum pernah tukar tayar, buleh la try kaedah berikut... apapun, make sure "Safety First"... Sebab tu jangan lupa letak angin kat spare tayar... Dan lebih penting, jangan lupa bawak spare tayar pulak...
4 comments:
Kalau tukar 2 ketul tayar ok ke? Ke kene tukar empat empat sekaligus?
tak semestinya kena tukar empat tayar.. dua pun ok... tayar baru letak depan.. kalau buleh guna bunga/jenis yang sama...
Assalammualaikum, saya student Universiti Malaysia Pahang, saya masuk competition, untuk create awareness among Malaysian to inspect their vehicle. Mohon untuk ambil sedikit tips yang dikongsikan dalam ni (: (saya akan credit nama dan linkkan blog saudara)Terima kasih (:
http://umpautoinspector.blogspot.com/
kalau nak membantu,boleh follow dan like;
TWITTER https://twitter.com/UMPInspectr
INSTAGRAM http://instagram.com/umpinspector
FACEBOOK https://www.facebook.com/UMPInspector
#umpinspector #fit2drive
Apa beza hankook ventus dgn hankook kinergy
Post a Comment