Sunday, 11 November 2018

Kisah dan Iktibar


Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia. Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka. Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu… Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu. Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
Piramid
Taj Mahal
Tembok Besar Cina
Menara Pisa
Kuil Angkor
Menara Eiffel
Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
Boleh Melihat
Boleh Mendengar
Boleh Menyentuh
Boleh DiSayangi
Boleh Merasai
Boleh Tertawa, dan
Boleh Mencintai

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya. Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa... Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, iaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur... Syukur itu indah...


"Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur, 
tapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia..."


copypaste
 

No comments: