Saturday, 23 March 2019

Batch 76


 Siapa yg lahir pada tahun 70-80an..?

Mereka yang lahir di tahun 70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.

Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.

Akulah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya... kerana aku adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini aku pun tetap boleh ketawa di grup Facebook/WhatsApp.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

Akulah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yg membayangi kita.

Akulah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.

Akulah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.

Akulah generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin.


Itulah aku... Anda generasi itu..?

geng sekolah rendah
SKKB
geng sekolah menengah
SMTSP

alfatihah buat allahyarham nazri, saiful suhaimi dan sopi.


-cerita copy paste-
 credit gambar kartun: stokin tidur



No comments: