Saya dan keluarga berkesempatan ke Bandung sempena cuti sekolah baru-baru ini... Kelam kabut la jugak sebab last minute punya plan... Dengan nak buat pasport, nak apply cuti, pastu nak travel balik kampung lagi sebab depart from penang.. Kira kalut la..
Berangkat dari LTA Penang ke Bandara Husein Sastranegara Bandung dengan tagline airasia indonesia "Now everyone can fly" mengambil masa sekitar 2 jam 20 menet... Sesampainya di Bandung, kami dijemput dan diiringi tourist guide Pak Purnomo dan supir Pak Budi menuju ke tempat penginapan "Bilique Hotel"... Memandangkan kami sampai sekitar jam 10 malam, so, program kami bermula pada keesokkan harinya...
Melawat ke Tangkuban Parahu menjadi program pertama kami di Bandung... Perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa sekitar 1 jam... Tangkuban parahu bermaksud kapal yang terbalik... daripada jauh, bentuk gunung tersebut nampak seakan-akan sebuah kapal yang terbalik.. Gunung berapi ni dah tak aktif dah... Tinggi sekitar 2000 meter.. Kalau dilihat daripada atas, akan nampaklah bentuk kawah gunung yang besar..
Mengikut mitos orang sunda, gunung tangkuban parahu ini asalnya daripada legenda sangkuriang... Sangkuriang di minta untuk menyiapkan sebuah kapal dalam tempoh semalam sebagai syarat untuk berkahwin. Akibat gagal, sangkuriang dengan marahnya menendang kapal tersebut hingga terbalik.. Kira kuat la dia nie.. Hasilnya, terjadilah Gunung Tangkuban Parahu tue... Di tangkuban parahu nie, kena la berhati-hati sikit.. bukan apa, sebaik saja kita jejak kaki kat sini, akan ramailah penjual yang akan mengerumun dan mengikut sambil memujuk kita membeli barang-barang jualan mereka.. antaranya, keychain, tasbih, fridge magnet, pen, angklung dll... barang2 tu memang menarik cuma masalahnya harga amatlah melampau mahal... 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding kalau dibeli di pasar baru bandung... so, kalau nak beli jugak, kenalah tawar menawar serendah yang mungkin... Ni gambar yang sempat kami sefamili snap semasa di tangkuban parahu...
No comments:
Post a Comment